Ibu Gigih Ini Daftar Ijazah Ketika Sedang Berpantang, Kini Hampir Tamat Pengajian

Betapalah ibu ini berkorban. Bukan beliau sahaja, banyak lagi pihak di samping beliau turut sama berkorban. Hasil pengorbanan itu terbalas juga dengan siapnya tesis beliau.

Kisah ini diambil dengan izin daripada FB post Puan Akmajamil Jamil.

===============

3 copies submitted to kulliyyah..

Alhamdulillah. akhirnya setelah 2 tahun setengah.perjalanan yg sangat panjang (bagi diriku), penuh berliku dan dihiasi air mata. Perjalanan ini belum tamat kerana selepas ini akan ada pre viva. 

Terima kasih kepada sv (assist.prof.dr.siti mariam muda) & co-sv (assoc.prof.dato dr.hamizah ismail) yg memberi tunjuk ajar. Tak terkira draf tesis yg dihantar kepada mereka. Setiap kali draf dikembalikan,akan ku tenung sedalam2nya, peram sehari dua sebelum dibaiki. Perasaan bercampur baur setiap kali supervision meeting.tak tidur malam dibuatnya

Terima kasih kepada keluarga; umi & ayah yg sudi menjaga anak2 di hari minggu & cuti sekolah sementara saya menyiapkan tesis. Juga kepada keluarga mentua kerana memahami, walaupun cuti, kerja perlu dibuat & disiapkan mengikut timeline. Keluarga hjh turiah yg selalu memberi kata2 semangat. Tesis ini utk nenek & mak.juga ibu yg sentiasa di hati.

Buat suami & anak2 yg sentiasa bersama2 saya. Perjalanan master sy bermula ketika dalam pantang selepas melahirkan isyraf. Register di gombak dgn berbengkung bagai. Sy minta kebenaran dr urusetia utk balik ke kuantan selepas urusan pendaftaran. Isyraf masih di nicu & sy perlu hantar ebm. Lepas tu ada briefing & research methodology course. Kena hujan sampai bentan. Suami lah yg menguruskan. Walaupun ibubapa sy ada tapi saya tak nak menyusahkan mereka. Biarlah suami yg jaga. Selama ni irfan selalu tanya, kerja sekolah ibu tak siap lagi ke. Semalam saya cakap, kerja sekolah ibu dah siap. Semoga suami dapat habiskan master dia juga. Lepas ni ada lebih banyak masa utk proofread assignment dia. Assignment dia je, orang lain tak boleh.hehe

Terima kasih buat kawan2 (terutamanya sahabat ke jannah & kaki gosip) yg selalu menjadi pendengar setia..babysitter yg tak berkira..ramai lagi yg tak disebut tapi sy ingin kamu tahu,kamu mewarnai kehidupan saya. Proofreaders united yg mencantikkan tesis yg kuca lana. Kulliyyah of nursing esp ddpg office, pg coordinator & kwn2 PG sekapal.

Perjalanan ini belum berakhir tapi sekurang2nya saya lega. Bak kata sv boleh lompat cecah awan. Doakan urusan sy selepas ini dipermudahkan allah.

Kepada yg mesej dan call saya dlm tempoh 2 hari ni, sy minta maaf. Keadaan tak mengizinkan. Saya ok dan doakan saya terus ok. Terima kasih kerana mengambil berat. Aturan allah itu sangat cantik. Dalam keadaan yg kritikal, suami balik. Setelah beberapa hari tak tidur & diri dlm keadaan stress, yg mengalaminya saja tau bagaimana rasanya. Ada yg bagi nasihat dekatkan diri dgn allah, solat & mengaji. Ya,itu sy tahu & sy buat. Terima kasih jg yg terus lemparkan kata2, jauh dari allah la tu. Anda tak rasa dan anda tak tahu. Itu salah satu sebab kenapa sy lebih suka diam & simpan sendiri. Kata2 tu hanya menambah luka.

Terima kasih kpd consultants & ex-colleagues di kmc..walaupun terpisah tapi anda semua tetap di hati. 

**Semoga allah permudahkan urusan kita & kita sentiasa dalam redhaNya.aameen..

================

Amin… kami di Proofreaders United turut sama mendoakan kejayaan Puan Akmajamil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s