INGATKAN TULIS ESEI NI SAMA SEPERTI TULIS ARTIKEL SAINTIFIK. GRADUAN PHD INI MENERANGKAN PERBEZAANNYA.

Ketika masa zaman sekolah, waktu buat esei, cikgu akan bagi markah lebih untuk huraian bila kita tulis esei. Maksudnya, lebih banyak huraian bagi menjelaskan sesuatu, lebih baik dan lebih tinggi markahnya. 

Lepas tu kita diajar pulak untuk tulis rumusan. Di sinilah segalanya perlu ditulis dengan jitu dan padu.

Bagi seseorang yang dapat markah yang baik dalam subjek bahasa Inggeris masa sekolah dulu, akan terbiasa dengan cara penulisan esei. Jadi, agak mencabar apabila membuat penulisan saintifik. Saya pernah mengalami perkara ini pada awal pengajian PhD saya. Memang ada kejutan budaya sikit.

Penulisan saintifik tidak ubah seperti menulis rumusan. Ringkas dan mudah dibaca. Buang segala ayat bunga-bunga. Terus cakap pada perkara pokok dan tulis dengan padu. Pensyarah, pengulas, editor jurnal semua itu tidak ada masa nak baca ayat yang maksudnya berlapis-lapis.  

Ha… nak hasilkan penulisan yang padu inilah yang payah. Sebab itu kena rajin baca jurnal and tengok gaya penulisannua. Nak rujuk jurnal pulak biar jurnal yg ada impak dan diindekskan. Bermaksud, ia ada reputasi dan sudah tentulah editornya akan semak bahasanya sebelum diterbitkan. Kalau tidak, awal-awal dah kena tolak. Saya pernah terbaca artikel yang diterbitkan oleh jurnal tempatan yang tidak diindeks dan banyak kesalahan bahasa yang ada.

#sisbebel

#nikalaujadilecturerhabesstudentkenabebel

#pentingnyabahasadalamsains

#ProofreadersUnited
Penulis, Dr. Hashikin ialah ahli Proofreaders United. Dapatkan khidmat beliau dengan mengisi borang http://bit.ly/PRunited dan letak namanya, HASHIKIN pada bahagian Preferred Proofreader.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s