PENSYARAH INI KOMEN TENTANG CARA ELAK DARIPADA PLAGIAT

Dr. Zuli menulis sesuatu yang menjentik minda di Facebook beliau:

PhD is not paraphrasing others work.

Lalu Dr. Rozaimi memberikan komen menarik ini:

Ada beberapa cara kita belajar menulis.

Satu, bila kita mula belajar menulis dengan merujuk ayat orang lain dan kita ubah sini sikit, situ sikit sampai jadi ayat sendiri. Paraphrase la ni. Tapi kena sangat hati-hati sebab gaya ini boleh menyebabkan kita terlupa atau lebih teruk jadi malas, akhirnya kita tak ubah banyak, dan Turnitin tangkap bahagian-bahagian berkenaan sebagai plagiat. Walaupun kita letak citation.

Cara lain, memang kita faham apa yang kita baca daripada beberapa sumber rujukan, ambil isi penting sahaja, dan kita olah ayat sendiri. Letak citation. Cara ini jarang menyebabkan Turnitin dapat tangkap. Elok la begitu kan? Tapi bila kita dah biasa membaca, akan ada lenggok bahasa dan beberapa perkataan atau ayat yang pasti akan sama. Namun jangan risau, kalau ditangkap pun, kita boleh pasti yang itu cuma similarity, bukan plagiat.

Kita yang tulis, kita tau itu bukan plagiat. Atau, kita yang kopipes tanpa edit, kita tau itu plagiat (dan jangan marah kalau kantoi).

#kauplagiatkautergeliat
Dr. Rozaimi ialah proofreader di Proofreaders.United. Dapatkan khidmat beliau dengan mengisi borang http://bit.ly/PRunited dan letak nama DR. ROZAIMI pada bahagian Preferred Proofreader.