PENSYARAH INI KOMEN TENTANG CARA ELAK DARIPADA PLAGIAT

Dr. Zuli menulis sesuatu yang menjentik minda di Facebook beliau:

PhD is not paraphrasing others work.

Lalu Dr. Rozaimi memberikan komen menarik ini:

Ada beberapa cara kita belajar menulis.

Satu, bila kita mula belajar menulis dengan merujuk ayat orang lain dan kita ubah sini sikit, situ sikit sampai jadi ayat sendiri. Paraphrase la ni. Tapi kena sangat hati-hati sebab gaya ini boleh menyebabkan kita terlupa atau lebih teruk jadi malas, akhirnya kita tak ubah banyak, dan Turnitin tangkap bahagian-bahagian berkenaan sebagai plagiat. Walaupun kita letak citation.

Cara lain, memang kita faham apa yang kita baca daripada beberapa sumber rujukan, ambil isi penting sahaja, dan kita olah ayat sendiri. Letak citation. Cara ini jarang menyebabkan Turnitin dapat tangkap. Elok la begitu kan? Tapi bila kita dah biasa membaca, akan ada lenggok bahasa dan beberapa perkataan atau ayat yang pasti akan sama. Namun jangan risau, kalau ditangkap pun, kita boleh pasti yang itu cuma similarity, bukan plagiat.

Kita yang tulis, kita tau itu bukan plagiat. Atau, kita yang kopipes tanpa edit, kita tau itu plagiat (dan jangan marah kalau kantoi).

#kauplagiatkautergeliat
Dr. Rozaimi ialah proofreader di Proofreaders.United. Dapatkan khidmat beliau dengan mengisi borang http://bit.ly/PRunited dan letak nama DR. ROZAIMI pada bahagian Preferred Proofreader.

One thought on “PENSYARAH INI KOMEN TENTANG CARA ELAK DARIPADA PLAGIAT”

  1. Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Rozaimi. Pada permulaan menjebakkan diri dalam penulisan jurnal, sememangnya saya didedahkan dengan cara ‘segera’ iaitu dengan ‘kopipes’. Sehingga ada satu ketika, saya merasakan kurang senang kerana apa yang ditulis hampir sama dengan sumber yang saya ‘kopipes’. Di situlah saya mula untuk belajar menulis dengan sendiri. berbekalkan ilmu penulisan zaman persekolahan saya cuba menulis sendiri. Yang saya masih ingat dan ini jugalah teknik yang saya ajar pelajar saya, saya mulakan menggunakan teknik ini:
    1. Sediakan data dalam bentuk graf atau jadual
    2. Analisa graf atau jadual tersebut dan catat pemerhatian
    3. Komen tren/data/nombor yang terlalu ‘menarik’ perhatian anda
    4. Berikan justifikasi/alasan/mekanisma terhadap pemerhatian anda
    5. Sahkan permerhatian tersebut dengan rujukan kepada hasil kerja penyelidik yang menjalankan penyelidikan yang hampir sama dengan dapatan anda.

    Dengan cara ini, sudah pasti apa yang ada tulis, adalah hasil penulisan semulajadi yang anda hasilkan tanpa perlu risau mengenai plagiat.

    Selamat mencuba dan semoga berjaya.

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s