LIMA BUKU INI PEMBACA PRUF WAJIB ADA UNTUK MEMBANTU MENYEMAK DOKUMEN BAHASA MELAYU

Proofreading atau pembacaan pruf kian berkembang sebagai perkhidmatan penambahbaikan tulisan yang amat diperlukan, terutamanya dalam dunia pengajian tinggi. Tidak hairanlah semakin ramai pembaca pruf lahir bagi menampung keperluan tersebut. Buku rujukan berikut dapat membantu sedikit sebanyak dalam meningkatkan kualiti khidmat pembaca pruf: 

1. Kuasai Struktur Ayat Bahasa Melayu: Ong Ching Guan

Buku ini penting untuk mengetahui struktur ayat Bahasa Melayu yang betul untuk diamalkan.

 
2. Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga): Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hasim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood

Tatabahasa aspek penting untuk dititikberatkan dalam pembacaan pruf, dan Tatabahasa Dewan boleh dikatakan salah satu buku rujukan teras tentang tatabahasa Bahasa Melayu yang perlu dimiliki pembaca pruf.

 
3. Gaya Dewan (Edisi Ketiga) 
Kualiti sesuatu penulisan semestinya terjamin sekiranya Gaya Dewan menjadi salah satu panduan pembaca prufnya, memandangkan aspek tulisan seperti tanda baca seringkali mencetuskan kekeliruan dalam penulisan.

 
4. Tesaurus Melayu Moden: Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.

Ketika membaca pruf sesuatu dokumen, kita barangkali akan terjumpa perkataan yang tidak menyampaikan mesej ayatnya secara tepat. Tesaurus seperti Tesaurus Melayu Moden yang dihasilkan oleh pasangan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. ini pasti dapat membantu pembaca pruf mencari perkataan terbaik untuk menepati konteks ayat.

5. Teori dan Teknik Terjemahan: Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan

Sekiranya jenis dokumen yang perlu dibaca pruf ialah hasil terjemahan, buku Teori dan Teknik Terjemahan, salah satu lagi hasil Ainon Mohd. dan pasangan beliau, dapat menjadi panduan yang amat berguna untuk pembaca pruf terjemahan.
Tidak sempat menelaah kesemua buku di atas dan mahukan bantuan pembacaan pruf terbaik? Isi borang di http://bit.ly/PRunited dan bergembiralah dengan hasilnya nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s