3 Kemerdekaan Yang Dihajati Pelajar Pascasiswazah

Banyak perkara yang sebenarnya menyekat dan membelenggu pelajar pascasiswazah. Masalah ini membawa kepada lebih banyak perkara yang merunsingkan termasuklah tidak tamat pengajian, ketiadaan kerja selepas habis pengajian, dan macam-macam lagi. 

Ini antara kebebasan yang selama ini dihajati oleh pelajar pascasiswazah namun tidak ramai yang menyuarakannya.

1. Kemerdekaan untuk menjalankan pengajian dan penyelidikan tanpa bebanan yuran pengajian yang terlalu mahal. Walaupun banyak tajaan dan dalam dan luar negara, bilangannya masih terhad dan tidak ramai pelajar pascasiswazah dapat menikmatinya. Malah ada tajaan yang sebelum ini seperti tidak putus-putus disalurkan, terpaksa dihentikan atas sebab ekonomi yang tidak menentu.

2. Kebebasan untuk menjalankan penyelidikan tanpa disekat oleh ketetapan jadual kerja 9-5. Contohnya penyelidikan makmal yang memerlukan tempoh inkubasi yang panjang dan berakhir di luar jam bekerja, ia akan menyukarkan kerja penyelidikan pelajar pascasiswazah. Alangkah indahnya jika laluan masuk ke makmal diberikan akses 24 jam agar segera dan mudah penyelidikan dijalankan.

3. Kebebasan untuk meluahkan pendapat dan berbeza pandangan dengan penyelia. Sesetengah pelajar pascasiswazah diuji dengan sikap penyelia yang mengongkong pelajarnya. Pelbagai perkara tidak dibenarkan tanpa kerelaan hati pelajarnya seperti tidak dibenarkan berkahwin, bekerja sambilan, dan menerbitkan hasil penyelidikan di jurnal pilihan sendiri.

Walau apapun kemerdekaan yang dituntut dan diingini oleh pelajar pascasiswazah, ia perlulah disempadani dengan undang-undang dan peraturan. 

Apakah perkara yang membelenggu anda sebagai pelajar pascasiswazah dan anda mahu merdeka daripadanya?

5 Persamaan Antara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Dengan Dunia Pascasiswazah

Sukan SEA yang melabuhkan tirainya esok bakal meninggalkan banyak kenangan manis. Malaysia sebagai tuan rumah sudah pasti dijulang sebagai juara keseluruhan. Namun, siapa sangka banyak kaitannya antara Sukan SEA dengan dunia pascasiswazah. 

1. Hidup biar bermentor dalam lapangan yang diceburi. Setiap atlet yang bertanding sudah pasti dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman. Perasan atau tidak, setiap kali atlet sedang beraksi, kamera turut difokuskan kepada jurulatihnya? Risau betul jika anak buahnya tidak lakukan terbaik. Apabila mendapat markah tinggi atau menjaringkan gol, jurulatih turut sama bersorak, malah dialah yang paling gembira terlompat-lompat. Bagaimana pula dengan hubungan penyelia-pelajar dalam dunia pascasiswazah? Kejayaan pelajar pascasiswazah mencerminkan juga kejayaan penyelia membimbing anak buahnya. Apatah lagi jika tesis pelajar itu memperoleh kelulusan tanpa pembetulan!

2. Kerja berpasukan dan bekerjasama serta bersatu hati untuk mencapai satu tujuan yang sama. Khususnya bagi sukan seperti bola sepak dan bola jaring, bermain sebagai satu pasukan amat perlu. Jika tidak, bayang emas hanyalah anganan semata-mata. Dalam dunia pascasiswazah pula, walaupun dikatakan pengalaman menyudahkannya ialah perjalanan yang sunyi, sedarlah bahawa pelajar dan penyelia perlu bekerja sebagai satu pasukan. Tanpa pelajar, tiada penyelia. Begitulah sebaliknya. Kejayaan pelajar ialah kejayaan penyelianya juga.

3. Gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Kegagalan ialah batu loncatan ke arah kejayaan. Atlet sukan terjun Malaysia, Ahmad Amsyar Azman contohnya, pernah melakukan terjunan yang amat buruk dalam Sukan Olimpik Rio. Namun, beliau tidak berputus asa. Hasilnya, semalam di Sukan SEA, beliau menang emas, mengatasi saingan terdekat yang juga dari Malaysia, Ooi Tze Liang. Begitu juga untuk para pascasiswazah. Jika ada mana-mana kegagalan ditempuhi, ia sebenarnya untuk mempersiapkan diri dan menguatkan lagi azam untuk meraikan kejayaan yang perlu diusahakan sedikit sahaja lagi.

4. Tiada kejayaan tanpa latihan. Berlatih untuk berjaya. Setiap atlet yang naik ke atas podium untuk dikalungkan pingat, mahupun atlet yang tidak memenangi apa-apa pingat pun, mereka semuanya sudah melalui satu fasa yang penting dalam kerjaya sukan mereka, iaitu latihan. Tanpa latihan, siapalah atlet sukan. Bagi para pelajar pascasiswazah pula, pengalaman menyudahkan pengajian ialah latihan untuk menyediakan diri anda sebagai aset kepada negara dalam bidang kepakaran, pendidikan dan penyelidikan.

5. Juara tidak selamanya di atas. Juara pun masih perlu terus berusaha dan berlatih. Jika tidak terus berlatih, kerjaya sukan mereka akan tamat lebih awal. Bagi pelajar pascasiswazah, betapalah latihan itu penting untuk memastikan pengajian mereka berganjak dan akhirnya tiba ke garisan penamat. Melakukan penyelidikan, kerja makmal, menulis tesis, membentang kertas kerja, semuanya ini memerlukan latihan berterusan. Latih hingga letih. Apabila letih, berehat dahulu. Kemudian berlatih lagi. Di penghujungnya, skrol di dalam genggaman. Jubah konvokesyen menjadi sarungan kejayaan.

​How to Shorten Your Malay Thesis Abstract to One Page

Texts in Malay language are generally longer compared to their English translation due to the nature of the language itself. This includes in a Malay abstract of a thesis, which is usually required in theses published by students studying in this country.

The challenge is to make it in one page to meet the requirement of some thesis format.

Practise these steps to shorten your Malay abstract.

1. Delete spaces before and after mathematical symbols, e.g., =, +, ±.

Some abstracts report numerical findings. Delete the spaces BEFORE and AFTER the symbols. Example:

10 ± 2.0

10±2.0
2. Delete the word “yang”.

This word means “that” and “which”. Delete the word in the abstract. Example: 

Kajian ini memperoleh dapatan yang memberangsangkan.

Kajian ini memperoleh dapatan memberangsangkan.
3. Delete the word “oleh”.

This word means “by”.

Example: 

Kajian dijalankan oleh penyelidik.

Kajian dijalankan penyelidik.
4. Change from “penyelidikan” to “kajian”.

Penyelidikan dijalankan pada…

Kajian dijalankan pada…
5. Change from “tersebut” and “berkenaan” to “itu”.

…dibuat dalam tempoh tersebut.

…dibuat dalam tempoh berkenaan.

…dibuat dalam tempoh itu.
6. Delete “penjodoh bilangan”, e.g., orang, buah, ekor.

Tiga orang penyelidik…

Tiga penyelidik…

…di dua buah sekolah.

…di dua sekolah.

…100 ekor mamalia dikaji…

…100 mamalia dikaji…
7. Change from “untuk” to “bagi”.

…dijalankan untuk menganalisis…

…dijalankan bagi menganalisis…
8. Change from “daripada” to “dari”.

This step will affect the Malay grammar. Consider not taking this step as best as possible.

…diperoleh daripada sumber…

…diperoleh dari sumber…
9. Change a long conjunction to a short one.

Examples:

Oleh hal yang demikian –> Jadi

Oleh itu –>Jadi

Namun demikian/begitu –> Namun

Walau bagaimanapun –> Namun

Di samping itu –> Selain itu
10. Delete the word “telah”.

This word means “was”, i.e., something in the past. An abstract is known as reporting a something in the past/has been done earlier. So, just delete the word “telah”.
11. Change from “sehingga/hingga” to “ke”.

They mean the same, i.e., “to/until”. Example:

Kajian dilakukan dari Januari hingga Ogos.

Kajian dilakukan dari Januari ke Ogos.

Even shorter alternative: 

Kajian dilakukan Januari-Ogos.
Notes:

+ We’re compromising some grammar rules in using some of the above tips. But what to do? We have to consider between not graduating and compromising grammar. Graduation wins.

+ Always consult your translator and editor to get his/her second opinion on the shortened abstract.
Kindly SHARE and thank you.

SIAPA LAGI NAK GRAD SEM DEPAN… ANGKAT TANGAN!

Bahagianya kalau dapat grad cepat-cepat kan?

Lepas tu boleh apply kerja dan stabilkan hidup.

Takpun cepat naik pangkat sebab dah ada kelulusan akademik lebih tinggi.

Ahli keluarga pun gembira sebab dapat luangkan lebih masa dengan mereka.

.

Tapi… tesis tak lepas2 sebab masalah grammar?

.

Jangan risau… Kami di Proofreaders United boleh bantu baiki thesis anda. Mana-mana yang ada masalah bahasa, ayat sukar difahami, tak tahu nak letak “are” ke “is” ke, “was” ke “were” ke, serahkan saja kepada kami.

.

Kami ada proofreader yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman bagi menyemak thesis anda.

.

Pastikan SEM DEPAN adalah SEM TERAKHIR anda!

.

Borang ini membawa anda ke arah GRADUATE SEM DEPAN:

http://bit.ly/PRunited

http://bit.ly/PRunited

http://bit.ly/PRunited

.

Tunggu apa lagi? Tindakan yang pantas, hasilnya pun pantas! Konvo depan dapatlah NAIK PENTAS.

.

#proofreading

#proofreadlah

#proofreadingservice

Buat malu jadi rakyat Malaysia jika tak tahu maksud perkataan merdeka ini.

Bulan kemerdekaan muncul lagi. Pada bulan ini, akan bergemalah beberapa perkataan yang tak berapa nak disebut pada bulan-bulan lain.

Tapi kita tahu ke maksud perkataan-perkataan tu?

.
1. Semboyan

Sedap kan perkataan? Macam gabungan perkataan sembo dan boyan (buaian). Kah kah. Taklah. Maksud perkataan ni ialah tanda alamat spt kibaran bendera (bunyi tetuang dll) yg di­gunakan utk memberitahukan se­suatu. Alah, macam isyarat gitu.

.
2. Raga

Bukan raga bakul tu. Tapi “jiwa dan raga”. Kau jangan buat lawak bawa bakul semasa nyanyikan lagu patriotik ni! Maksud raga ialah badan, tubuh. Jadi, kalau kita kata “kukorbankan jiwa dan raga”, maksudnya kita korbankan hati dan badan demi negara. Gitu…

.
3. Dirgahayu

Sejak Datuk Siti dan Faizal Tahir popularkan lagu Cinta Dirgahayu, perkataan dirgahayu ini kembali naik. Bukan hanya pada musim merdeka. Apa maksud perkataan ini? Iaitu “(mudah-mudahan) dilanjutkan usia; dipanjangkan umur.” Jadi kalau kita kata “Dirgahayu, Tuanku!”, maksudnya kita doakan kesihatan sultan.

.
4. Tanggal

Bukan tanggal pakaian! Tapi macam dalam lirik lagu Sudirman, Tanggal tiga puluh satu… maksudnya? Ini dia: bilangan yg menunjukkan hari yg ke berapa dlm sesuatu bulan. Jelas kan?

.
5. Nusa

Sikit lagi bunyinya macam Rusa. Kah kah… tak ada kaitan. Nusa ni senang kata bermakna tanah air lah. Tanah tempat tumpah darah. Kenapa tumpah darah? Sebab masa kita lahir, darah (atau air ketuban) emak kita pecah lalu tumpah dan banjirlah wad hospital. Kah kah… lalu termaktublah nama hospital itu di dalam surat beranak kau sampai kau mati.

.
6. Pertiwi

Biasanya dipasangkan dengan perkataan ibu pertiwi. Ada ke orang bernama Pertiwi, jadi emaknya dipanggil Ibu Pertiwi? Kah kah! Tak adalah. Pertiwi ni sama maksudnya dengan nusa. Tanah air. Siapa kata bahasa Melayu miskin kosa kata?

Ada lagi perkataan musim kemerdekaan yang kau nak tahu maksudnya?

Anda belajar sesuatu? 

Bendera Indonesia Terbalik di Sukan SEA 2017? Ini respons proofreader.

​”Zaki, kau tak nak komen pasal bendera Indonesia terbalik tu ke? Kan kerja proofreader tu?”

Dalam konteks kami di Proofreaders United – PU, biasanya kami semak dan betulkan ayat-ayat sahaja walaupun ada kalanya dokumen klien memang ada kesalahan pada figures and tables.

Malah ada klien yang minta asingkan figures and tables kerana mahu kurangkan kos pada pihak mereka. Kami ikut sahaja.

Juga ada proofreader yang tetap berikan lebih daripada yang ditetapkan. Mereka semak juga figures and tables. For FREE. Sebab geram dan bersalah rasanya kalau kesalahan pada figures and tables tidak dibetulkan.

Jadi, fokus utama kerja proofreader kami ialah kerja-kerja tekstual, bukan visual.

Dalam hal bendera terbalik tu, yang perlu bertanggungjawab terlebih dahulu pada hemat saya ialah designer.

Apapun, Menteri pun dah minta maaf. Presiden Jokowi pun dah kata tak perlu besar-besarkan. Teruskan bersatu atas semangat Sukan SEA ya?