5 Persamaan Antara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Dengan Dunia Pascasiswazah

Sukan SEA yang melabuhkan tirainya esok bakal meninggalkan banyak kenangan manis. Malaysia sebagai tuan rumah sudah pasti dijulang sebagai juara keseluruhan. Namun, siapa sangka banyak kaitannya antara Sukan SEA dengan dunia pascasiswazah. 

1. Hidup biar bermentor dalam lapangan yang diceburi. Setiap atlet yang bertanding sudah pasti dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman. Perasan atau tidak, setiap kali atlet sedang beraksi, kamera turut difokuskan kepada jurulatihnya? Risau betul jika anak buahnya tidak lakukan terbaik. Apabila mendapat markah tinggi atau menjaringkan gol, jurulatih turut sama bersorak, malah dialah yang paling gembira terlompat-lompat. Bagaimana pula dengan hubungan penyelia-pelajar dalam dunia pascasiswazah? Kejayaan pelajar pascasiswazah mencerminkan juga kejayaan penyelia membimbing anak buahnya. Apatah lagi jika tesis pelajar itu memperoleh kelulusan tanpa pembetulan!

2. Kerja berpasukan dan bekerjasama serta bersatu hati untuk mencapai satu tujuan yang sama. Khususnya bagi sukan seperti bola sepak dan bola jaring, bermain sebagai satu pasukan amat perlu. Jika tidak, bayang emas hanyalah anganan semata-mata. Dalam dunia pascasiswazah pula, walaupun dikatakan pengalaman menyudahkannya ialah perjalanan yang sunyi, sedarlah bahawa pelajar dan penyelia perlu bekerja sebagai satu pasukan. Tanpa pelajar, tiada penyelia. Begitulah sebaliknya. Kejayaan pelajar ialah kejayaan penyelianya juga.

3. Gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Kegagalan ialah batu loncatan ke arah kejayaan. Atlet sukan terjun Malaysia, Ahmad Amsyar Azman contohnya, pernah melakukan terjunan yang amat buruk dalam Sukan Olimpik Rio. Namun, beliau tidak berputus asa. Hasilnya, semalam di Sukan SEA, beliau menang emas, mengatasi saingan terdekat yang juga dari Malaysia, Ooi Tze Liang. Begitu juga untuk para pascasiswazah. Jika ada mana-mana kegagalan ditempuhi, ia sebenarnya untuk mempersiapkan diri dan menguatkan lagi azam untuk meraikan kejayaan yang perlu diusahakan sedikit sahaja lagi.

4. Tiada kejayaan tanpa latihan. Berlatih untuk berjaya. Setiap atlet yang naik ke atas podium untuk dikalungkan pingat, mahupun atlet yang tidak memenangi apa-apa pingat pun, mereka semuanya sudah melalui satu fasa yang penting dalam kerjaya sukan mereka, iaitu latihan. Tanpa latihan, siapalah atlet sukan. Bagi para pelajar pascasiswazah pula, pengalaman menyudahkan pengajian ialah latihan untuk menyediakan diri anda sebagai aset kepada negara dalam bidang kepakaran, pendidikan dan penyelidikan.

5. Juara tidak selamanya di atas. Juara pun masih perlu terus berusaha dan berlatih. Jika tidak terus berlatih, kerjaya sukan mereka akan tamat lebih awal. Bagi pelajar pascasiswazah, betapalah latihan itu penting untuk memastikan pengajian mereka berganjak dan akhirnya tiba ke garisan penamat. Melakukan penyelidikan, kerja makmal, menulis tesis, membentang kertas kerja, semuanya ini memerlukan latihan berterusan. Latih hingga letih. Apabila letih, berehat dahulu. Kemudian berlatih lagi. Di penghujungnya, skrol di dalam genggaman. Jubah konvokesyen menjadi sarungan kejayaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s