​PROOFREADER TU NATIVE SPEAKER? BOLEH PERCAYA KE?

Saya baru lihat sampel proofreading seorang pemohon yang mahu menyertai Proofreaders United – PU.
Latar belakangnya menarik. Berasal dari negara kanggaru. Maksudnya, native speaker of English lah.

Dia berkahwin dengan orang Melayu dan kini menetap di Malaysia.

Saya teruja dengan permohonan dan latar belakang beliau. Namun, saya tahan diri dahulu. Jangan teruja sangat. Rileks rileks sudah~

Seperti biasa, saya minta dia sediakan sampel.

Pusingan pertama, sampelnya ada kesilapan. Namun, saya beri peluang untuk dia semak semula sampelnya.

Pusingan kedua, juga masih ada kesilapan.

Kesilapan yang macam mana? Basic grammar, ejaan dan tanda baca. 

Kalau isu-isu seperti ini pun masih tidak berjaya ditangani, bimbang saya untuk ambil masuk pemohon ini menyertai PU. Dokumen yang klien-klien kami serahkan jauh lebih sukar untuk disemak berbanding dokumen sampel yang saya serahkan kepada pemohon.

Dan tidak saya bermaksud untuk menghakimi SEMUA native speakers, but ALWAYS BE CAREFUL kalau menggunakan khidmat mana-mana proofreader. Khususnya jika tak kenal dan tak pernah gunakan khidmat proofreader itu. 

Minta sampel. Jangan liat minta sampel.

Daripada sampel itulah nanti kita akan tahu sama ada proofreader itu mampu menjangkaui harapan dan jangkaan kita.

Jangan cepat percaya sebarang dakwaan daripada proofreader itu. Katanya dia native speaker lah, grad PhD daripada UK lah, graduan TESL atau TESOL lah. Jangan percaya lagi. 

Sampel? Mana sampel? Dah minta?

Calon PhD yang Sudah Viva Ini Kongsi Tips Kejayaan Dalam Pengajian

assalamualaikum semua,

ketika ini saya sedang membuat pembetulan dalam tempoh 6 bulan.

Sedikit tips yang saya share sepanjang menjadi calon PhD (dan masih lagi menjadi calon).

1. Mula berjinak dgn penyelidikan sebelum daftarkan diri sebagai calon Phd. anda kene masuk bengkel penyediaan proposal. untuk sampai ke viva, saya sendiri telah attend sebanyak 3 kali penyediaan proposal.

2. Mulakan menulis jurnal mengikut research objektif kajian anda sebelum proposal defense bagi mencapai target publication berindex kerana penerbitan memerlukan masa yang agak panjang. anda mungkin terima komen2 yang pedih pada peringkat permulaan namun ia sangat membina.

3.kenalpasti nature kajian anda dgn baik seawal mungkin, ia dapat membantu anda fokus dalam kerja2 analisis. kalau tidak, anda menghabiskan banyak wang untuk semua kursus. so decide awal2….if quantitative decide which one pls sem or cb sem or just regression.

4. Cuba memasuki pertandingan inovasi, poster competition or Innovative & Creative Circle kerana pengalaman2 tersebut sgt bharga utk membina keyakinan diri.

5. Teruskan membaca dan menulis setiap hari walaupun hanya 1/2 jam. kalau x sempat baca pun x pe…. bawa je ke mana2 utk beri semangat.

6. Raikan setiap kejayaan yg diperolehi. contohnya, kalau lulus proposal defend, or berjaya analisa data dgn betul, boleh bawak family pergi ke legoland ke or mana2 la.

7. Cari rakan rakan baru dlm FB yang selalu memberi motivasi dan kata rangsangan. ini sangat penting untuk kekalkan motivasi sehingga ke akhir garisan. 

8. Cuba libatkan diri anda dalam penilaian jurnal berimpak tinggi. anda akan terdedah kepada idea2 baharu yg masih belum dipublish secara meluas yang mana  boleh membantu perkembangan tesis anda.

9. Pastikan hubungan baik dengan sv anda berterusan.

Teruskan perjuangan kepada rakan rakan semua disini. This journey is so wonderful…

(Pandangan dari seorang calon PhD yang non-academician)

Dipetik dan diutus semula dengan izin dan tanpa edit, oleh Dr. Hamdy Abdullah daripada hantaran beliau di Doctorate Support Group di Facebook. Pujian turut dipanjangkan kepada Dr. Abdul Rahim Ridzuan.

​September 2017 Banyak Cuti. Apa Yang Pelajar Pascasiswazah WAJIB Tahu?

Tidak cukup dengan cuti umum yang jatuh pada hari Ahad yang kemudiannya menjadikannya hari Isnin seterusnya sebagai hari cuti juga, hari ini, 4 September 2017 kita turut mendapat cuti tambahan sempena meraikan kejayaan Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini.

Ada orang yang suka dengan pertambahan cuti ini, ada yang tidak. Anda bagaimana?

Suka atau tidak, fakta-fakta di bawah perlu anda teliti dengan sebaik-baiknya.

.

1. Sebanyak mana pun hari cuti, tempoh semester anda tetap berjalan. Hal ini merisaukan khususnya bagi pelajar pascasiswazah yang menjalankan pengajian secara penyelidikan sepenuh masa. Hal ini kerana

Tindakan untuk anda ambil sekarang: Ambil kalendar dan kenal pasti hari cuti pada bulan-bulan akan datang. Sesuaikan dengan perkembangan penyelidikan dan carta Gantt anda.

.
2. Penyelia anda turut bercuti pada hari-hari cuti tersebut. Jadi sepatutnya anda tidak mengganggu mereka ketika hari-hari tersebut. Sebaliknya, anda sepatutnya menggunakan hari bekerja mereka dengan sebaik mungkin untuk melakukan konsultasi dan bermesej-mesej berkenaan penyelidikan. Manalah tahu anda sebenarnya mengganggu waktu yang sebenarnya mereka khaskan untuk keluarga?

Tindakan untuk anda ambil sekarang: Tetapkan jadual pertemuan dengan penyelia anda dan pastikan anda sentiasa ingatkan mereka tentang janji temu itu. Pendekatan ini juga membolehkan anda meneruskan momentum dan motivasi kerana anda ada perkara untuk dibincangkan dan dilaporkan kepada penyelia anda dalam pertemuan akan datang.

.
3. Pekerja universiti pun turut bercuti, malah universiti dan perpustakaan pun tidak berfungsi pada hari cuti. Oleh itu, anda kemungkinan besar anda tidak dapat menjalankan kerja penyelidikan. Hal ini khususnya jika anda bergantung pada mesin dan peralatan lain di makmal. Kerana cuti, perjalanan kerja penyelidikan anda akan terjejas. Lebih teruk, momentum dan semangat anda turut terjejas. Bukan mudah untuk dapatkannya semula!

Tindakan untuk anda ambil sekarang: Belajar dan biasakan diri untuk menyambil. Jadikan diri dan jadual penyelidikan anda kebal dan anjal cuti–maksudnya jika ada cuti yang berlaku secara tiba-tiba, perkembangan penyelidikan anda tidak terjejas. Contohnya, biasakan menulis satu dua perenggan tesis anda ketika menunggu kerja makmal anda mendatangkan hasil. Ataupun, baca artikel jurnal bagi memantapkan lagi kefahaman tentang subjek penyelidikan anda.

Dunia pascasiswazah mengajar kita menjadi manusia yang lebih tabah dan kuat. Setakat cuti, apa sangatlah! Bukan begitu?

Tidak Banyak Graduan Perasan Jasa dan Pengorbanan Orang Penting Ini

Tiada seorang pun pelajar pascasiswazah yang boleh mendakwa kejayaan mereka adalah atas daya usaha mereka seorang diri. Pasti banyak orang lain yang membantu mereka.

Jika tidak, tidak perlulah diwujudkan ruang Acknowledgements di dalam setiap tesis.

Antara nama wajib yang ada di dalam Acknowledgement ialah ibu bapa, adik-beradik, pasangan hidup, dan sudah tentu, penyelia dan penaja pengajian.

Namun sedarkah anda ada nama yang jarang sekali disebutkan walhal sumbangannya besar juga. Ada tesis yang kejayaan atau kegagalannya ditentukan oleh hasil kerja orang ini. 

Siapakah gerangannya? Merekalah proofreader.

Tahukah anda bahawa banyak kalanya proofreader bersengkang mata dan berkorban banyak perkara peribadi mereka demi membantu klien.

Ada proofreader yang terpaksa melupakan hari raya dan hari kebesaran lain demi memenuhi permintaan klien menyiapkan dokumen sebelum tarikh akhir.

Pada akhirnya, apabila klien berjaya naik ke atas pentas dengan jubah konvokesyen disarung kemas lalu skrol graduasi digenggam oleh klien itu, proofreader berasa puas dan gembira.

Namun, bukanlah semua proofreader pun menjadi hero yang tidak didendang.

Menurut pengalaman penulis sendiri, ada klien yang berjaya memenangi anugerah tesis terbaik. Yang menariknya, klien tersebut turut meletakkan pujian atas kejayaan tersebut kepada proofreadernya–iaitu penulis. Alhamdulillah.

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, apa kata jika anda hubungi proofreader anda dan ucapkan terima kasih atas pengorbanan dan jasanya. Manalah tahu akan dapat diskaun untuk khidmat akan datang kerana buat dia rasa terharu 😀