​September 2017 Banyak Cuti. Apa Yang Pelajar Pascasiswazah WAJIB Tahu?

Tidak cukup dengan cuti umum yang jatuh pada hari Ahad yang kemudiannya menjadikannya hari Isnin seterusnya sebagai hari cuti juga, hari ini, 4 September 2017 kita turut mendapat cuti tambahan sempena meraikan kejayaan Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini.

Ada orang yang suka dengan pertambahan cuti ini, ada yang tidak. Anda bagaimana?

Suka atau tidak, fakta-fakta di bawah perlu anda teliti dengan sebaik-baiknya.

.

1. Sebanyak mana pun hari cuti, tempoh semester anda tetap berjalan. Hal ini merisaukan khususnya bagi pelajar pascasiswazah yang menjalankan pengajian secara penyelidikan sepenuh masa. Hal ini kerana

Tindakan untuk anda ambil sekarang: Ambil kalendar dan kenal pasti hari cuti pada bulan-bulan akan datang. Sesuaikan dengan perkembangan penyelidikan dan carta Gantt anda.

.
2. Penyelia anda turut bercuti pada hari-hari cuti tersebut. Jadi sepatutnya anda tidak mengganggu mereka ketika hari-hari tersebut. Sebaliknya, anda sepatutnya menggunakan hari bekerja mereka dengan sebaik mungkin untuk melakukan konsultasi dan bermesej-mesej berkenaan penyelidikan. Manalah tahu anda sebenarnya mengganggu waktu yang sebenarnya mereka khaskan untuk keluarga?

Tindakan untuk anda ambil sekarang: Tetapkan jadual pertemuan dengan penyelia anda dan pastikan anda sentiasa ingatkan mereka tentang janji temu itu. Pendekatan ini juga membolehkan anda meneruskan momentum dan motivasi kerana anda ada perkara untuk dibincangkan dan dilaporkan kepada penyelia anda dalam pertemuan akan datang.

.
3. Pekerja universiti pun turut bercuti, malah universiti dan perpustakaan pun tidak berfungsi pada hari cuti. Oleh itu, anda kemungkinan besar anda tidak dapat menjalankan kerja penyelidikan. Hal ini khususnya jika anda bergantung pada mesin dan peralatan lain di makmal. Kerana cuti, perjalanan kerja penyelidikan anda akan terjejas. Lebih teruk, momentum dan semangat anda turut terjejas. Bukan mudah untuk dapatkannya semula!

Tindakan untuk anda ambil sekarang: Belajar dan biasakan diri untuk menyambil. Jadikan diri dan jadual penyelidikan anda kebal dan anjal cuti–maksudnya jika ada cuti yang berlaku secara tiba-tiba, perkembangan penyelidikan anda tidak terjejas. Contohnya, biasakan menulis satu dua perenggan tesis anda ketika menunggu kerja makmal anda mendatangkan hasil. Ataupun, baca artikel jurnal bagi memantapkan lagi kefahaman tentang subjek penyelidikan anda.

Dunia pascasiswazah mengajar kita menjadi manusia yang lebih tabah dan kuat. Setakat cuti, apa sangatlah! Bukan begitu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s