Proofreading & Paraphrasing: Sama atau Lain?


Apabila berurusan dengan proofreader, kita kena betul-betul jelas tentang dua perkara ini:

1. Tugas sebenar proofreader.

2. Persefahaman dengan proofreader.

Proofreader pada dasarnya bertugas untuk menyemak tesis dari segi bahasa. Tesis yang kurang enak persembahan bahasanya, menjadi enak sehingga ia kelihatan seolah-olah ditulis oleh yang betul-betul mahir bahasa.

Proofreader pada dasarnya juga tidak bertanggungjawab terhadap result turnitin kerana skop tugasnya dalam kerangka bahasa sahaja.

Turnitin menyemak keserupaan susunan dan persembahan perkataan dan ayat tesis dengan bahan-bahan yang sudah diterbitkan (bahan-pernah-terbit).

Sepanjang pengalaman saya, sesungguhnya proofreader TIADA MASA untuk memastikan susunan perkataan dan ayat tesis MENJADI SAMA seperti bahan-pernah-terbit.

Sama halnya, proofreader juga TIADA MASA untuk pastikan bahawa susunan perkataan dan ayat tesis TIDAK SAMA seperti bahan-pernah-terbit.

Apa yang proofreader ADA MASA, malah sebenarnya PERLU LAKUKAN?

Semak bahasa sahaja. Dalam amalan saya bersama anak-anak buah saya, kami khususkan skop kerja kami kepada empat aspek ini: tatabahasa, ejaan, tanda baca dan susunan ayat.

Ini yang kami bantu klien kami dalam skop kerja PROOFREADING.

Lain halnya dengan PARAPHRASING. Jika klien membayar kami untuk tugasan PARAPHRASING, barulah ia bertujuan untuk menurunkan similarity index tesis tersebut ke tahap peratusan yang dipersetujui dengan klien.

Jadi, apabila berurusan dengan proofreader, pastikan kedua-dua pihak—kita sebagai klien, dan dia sebagai proofreader—jelas tentang hal ini:

Adakah khidmat yang sebenarnya perlu dilakukan? PROOFREADING atau PARAPHRASING.

Ingat nasihat ini betul-betul: Tahu mahu apa, dapat apa yang dimahukan.
MUHAMMAD ZAKI RAMLI

DSG Advisor (Proofreading)