SV SIBUK VS. PROOFREADER: MANA BOLEH!

SV SAYA SIBUK SANGAT UNTUK SEMAK TESIS SAYA. BOLEHKAH SAYA GUNA KHIDMAT PROOFREADER UNTUK BANTU SAYA?

Soalan ini analoginya seperti: Doktor di klinik sibuk sangat. Boleh saya minta jururawat diagnosis penyakit saya?

Mengejutkan juga kerana ramai postgrads ada masalah di atas kemudian menjadikan proofreader sebagai “penyelesai” masalah mereka.

Pada pandangan saya, sebaik-baiknya tugasan menyemak tesis, sebelum ia dihantar kepada examiner, perlu dilakukan oleh SV. Takpun, co-SV.

Jika dari awal sudah dapat kenal pasti bahawa SV kita jenis orang yang sangat sibuk, cepat-cepatlah cari co-SV yang boleh bantu semak tesis kita.

Sayang betul jika dah sampai tahap tesis siap ditulis, tapi tersangkut kerana “SV sibuk”.

SV pun satu hal. Kena pandai bahagikan masa untuk anak buah. Pasti banyak “SV sibuk” ini berasa segan jika saya ceritakan kisah seorang figura terkenal di Malaysia yang sanggup meluangkan masa dengan SVee-nya walaupun ketika itu dia sedang menunggu di lapangan terbang untuk ke luar negara bermesyuarat. Kita cerita bab ni lain kalilah.

Berbalik kepada perbincangan di atas, jangan harap khidmat yang diberikan oleh proofreader sama mahupun serupa dengan nasihat yang diberikan oleh SV.

Proofreader tak tahu hujung pangkal kajian kita. Jadi, khidmat yang diberikan terhad kepada apa yang sudah tertulis di dalam tesis.

Walhal, tesis yang masih mentah, belum disemak oleh SV, banyak lagi perlu dibetulkan khususnya dari sudut content.

Tak boleh expect proofreader untuk sentuh dan beri nasihat tentang content kerana bukan itu skop tugasan proofreader.

Bukan satu dua cerita saya dengar, proofreader dikambinghitamkan kerana kegagalan seseorang postgrad. Walhal proofreader itu diminta buat kerja yang bukan kerja dia.

Proofreader tu pun satu. Main terima je tawaran tugas yang bukan kepakaran dia.

Kesimpulannya: gunakan khidmat SV sebaik-baiknya. Jangan jadikan “SV sibuk” sebagai alasan.

Muhammad Zaki Ramli
DSG Advisor (Proofreading)
#proofreadlah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s