Pensyarah IIUM Ini Siap PhD dalam 2 Tahun 8 Bulan Sahaja. Rahsianya Ialah…

Assalamualaikum semua warga DSG,
Sebelum itu saya ingin meminta maaf kepada admin DSG dan warga DSG kerana menggunakan Bahasa Melayu (BM). Saya lebih selesa berkongsi dalam BM (mungkin juga rindu sangat dengan Tanah Air tercinta). Alhamdulillah thumma alhamdulillah saya selesai perjalanan PhD saya di Cranfield University, UK dalam bidang ‘Aerospace Engineering’ pengkhususan ‘Aero-gas Propulsion’ (Gas Turbine) dalam bulan Julai yang lalu (VIVA Voce). Saya salah seorang Academic Trainee UIA dibawah Biasiswa SLAB/SLAI. Perjalanan PhD saya mengambil masa 2 tahun dan 10 bulan (sampai siap Surat Senat). Saya menyiapkan thesis 2 tahun 8 bulan, sebulan selepas itu VIVA, dan kemudian pembetulan sehingga terima surat senat. Berbekalkan 4 ‘publication’ dalam ‘high-impact journal’ dan 2 kertas konferen antarabangsa telah banyak membantu saya.

Walaubagaimanapun, ini BUKANLAH bermakna kita cerdik atau pandai. Setiap pelajar PhD mempunyai perjalanan masing-masing yang UNIK dan setiap pelajar haruslah menikmati saat-saat indah menjadi seorang pelajar. Perlu diakui juga, perjalan PhD ini bergantung kepada REZEKI dan ‘LUCK’ masing-masing. Jangan pernah rasa malu atau rendah diri jika PhD anda mengambil masa yang lama. Nikmatilah saat-saat indah membuat penyelidikan. PhD juga bukanlah seperti suasana ijazah sarjana muda kita, dimana ada persoalan ‘right’ atau ‘wrong’ dalam setiap jawapan dalam kertas soalan anda. Ianya perjalanan dan penilaian oleh penyelia dan pemeriksa yang sama-sama manusia.

Suka saya berkongsikan beberapa perkara supaya kita mengambil pengajaran dan tauladan:

1. Persiapan awal dan rapi sebelum memulakan pengembaraan PhD anda.
Saya ‘apply’ lebih kurang 35 buah university seluruh dunia. Sehinggalah tapisan dan saringan (oleh Department, UIA, dan KPT) yang ketat dilakukan dan hanya 5 buah university sampai peringkat akhir iaitu ‘conditional offer letter’ diterima. Kenapa 5 buah university? Ianya adalah Plan A, B, C, D & E. Bukan senang menghadapinya kerana kita dibawah biasiswa dan hanya university pilihan sahaja yang dipilih mereka. 3 university yang akhir, saya membuat risikan yang lebih rapi lagi. PASTIKAN, ‘potential’ penyelia anda mempunyai kriteria-kriteria (yang saya rasa penting) seperti berapa ramai pelajar Masters/PhD nya yang pernah beliau menyelia, kadar kelulusan, ‘publication’ beliau, geran yang beliau pegang, ‘expectation/inclination’ beliau pada jantina, umur, keluarga, mahupun agama (terutama mereka yang belajar di luar negara). Ini adalah penting seperti memilih jodoh tapi berkontrak. Untuk menyelami lebih dalam lagi ‘potential’ penyelia tersebut, cuba merisik bekas-bekas pelajar beliau. Ini melalui ‘publication’ beliau. Saya juga mengakui kita mempunyai citarasa dan tajuk penyelidikan kita sendiri. Namun begitu, saya nasihatkan simpan dahulu citarasa itu dan ambil tajuk penyelia itu cadangkan asalkan ada kena mengena sedikit dengan citarasa kita. Pendek kata, kita minta bantuan orang untuk menyelia kita, kita beralahlah sikit-sikit. Jika sambung diluar negara, kenal pasti mereka yang belajar dan menetap disitu dari sudut menyewa rumah, kesihatan, pendidikan anak-anak, suasana tempat belajar, kos sara hidup, lesen kenderaan, pekerjaan sambilan, VISA ‘dependent’ dan sebagainya. Kita nak berhijrah, perlu persediaan yang sangat rapi. Lagi cepat kita ‘settled down’ lagi mudah kita belajar in sha Allah.

2. Sikap-sikap yang positif
• Berlapang dada: Terima segala bentuk ujian, cabaran baru, dan dugaan dengan hati yang terbuka. Jangan kita membanding-bandingkan apa yang orang lain perolehi dengan apa yang kita dapat terutamanya membandingkan sikap penyelia kita. Ini adalah kerana, kita yang memilih penyelia tersebut, maka hadapilah apa jua kerenahnya. Tuhan akan menguji kita kerana Dia tahu kita mampu in sha Allah. Ingat, ilmu itu cahaya, hanya hati yang bersih ilmu boleh memasukinya.
• Berani: Beranikanlah diri untuk menulis dan hantar ke jurnal-jurnal. Tiada salahnya jika jurnal anda ditolak dan bangkit balik untuk cuba baiki lagi. Lagi banyak kita menulis lebih mudah kita menyiapkan thesis kelak.
• ‘Be fair on every judgement’: Setiap argumen yang kita tulis dalam thesis perlulah lebih diplomatik dalam erti kata jangan kita berlebih-lebih dan buat ‘generalization’. Jika sekadar sebahagian dapatan, kita letak sebahagiannya sahaja tanpa menyebut keseluruhannya.
• Banyakkan menghulurkan bantuan: Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerimanya. Ini bukanlah sekadar wang ringgit, tetapi masa dan tenaga! Kita dah cuba sehabis baik, akan tetapi, pertolongan Tuhan yang sebaik-baik pertolongan. Tolong, bantu, dan mudahkanlah orang sekeliling supaya Tuhan bantu memudahkan kita kelak.
• Mendisiplinkan masa: Bahagikanlah masa anda sewajarnya. Saya memperuntukkan dari jam 8.30pg-15.30ptg di perpustakaan setiap hari untuk menyiapkan penulisan saya. Lain dari masa tersebut, habiskanlah masa dengan keluarga dan anak-anak. Mereka juga berhak untuk diberikan layanan yang sewajarnya. Bawalah mereka berjalan-jalan agar terpancar senyuman di wajah-wajah mereka. Keluarga gembira, hati kita senang untuk belajar.
• Sentiasa ‘ahead of schedule’: Jangan lengah-lengah untuk menyiapkan sesuatu. Kita tidak tahu apa akan jadi masa hadapan, mungkin kita jatuh sakit, keluarga kita sakit dan lain-lain perkara yang tak diingini.
• Memaafkan dan mendoakan orang lain: Ini amatlah penting supaya jiwa kita lapang dan mampu menyerap apa jua dugaan.
• SMART: Tidak semua orang memiliki ini. Ianya suatu ‘skill’ yang perlu diasah. Kenali diri anda betul-betul pada masa bilakah anda lebih produktif melakukan kerja dan membaca. Bagaimanakah cara anda belajar? Bagaimanakah anda mudah tangkap? Bagaimanakah anda menulis ‘literature review’ dengan mudah? Bagaimanakah anda ‘tackle novelty’? Bagaimanakah anda membaca jurnal dengan lebih cepat? Ya, anda boleh perolehi segala bentuk teor-teori ini dalam buku dan internet, tapi anda lebih kenal diri anda sendiri.

3. Pertolongan Tuhan
Dalam kita menelusuri perjalan PhD, ‘support system’ anda sangat memainkan peranan. Keluarga, jiran tetangga, dan rakan-rakan haruslah saling memberikan sokongan. Saya amat bersyukur, nenek dan kedua ibubapa saya setiap hari tidak pernah tinggal tahajjud dan solat hajat untuk anak-anak mereka. Walaupun itu diluar kemampuan kita, kita cuba perlahan-lahan untuk beristiqamah melakukan amalan-amalan kecil tapi memberikan impak. Contohnya, mengamalkan doa-doa pada waktu mustajab untuk berdoa (antara dua khutbah, antara azan dan iqamah, dan sebagainya), solat dhuha dan juga solat hajat. Setiap doanya itu, haruslah lebih spesifik pada apa yang kita hajati, in sha Allah. Seperti yang saya sebutkan diatas, tolong dan mudahkanlah manusia lain, ianya umpama magnet untuk menarik pertolongan Tuhan.

Itu sahaja sedikit perkongsian dari saya. Best of luck on your studies, research, and please enjoy every moment of your studies!!! In sha Allah.

Terima kasih DSG kerana banyak memberikan input-input yang berguna selama ini.

Sekian.

Hanafi Azami, PhD.

Pensyarah dan Pakar Statistik Ini Berkongsi Tip Penting Memilih Penyelia PhD

MEMILIH SUPERVISOR PhD
=======================

Banyak kriteria baik yang kita cari dalam diri seorang supervisor. Tetapi yang paling utama, sudah pasti kita mahukan supaya dengan bantuan daripada sv, kita boleh HABIS PhD. Jika boleh habis GOT (graduate on time), itu akan jadi lebih dan lebih menariklah. Kan?

Tapi mau nama kata manusia nih, kita kena faham lah bahawa mereka ada sifat BAHARU. Yakni boleh berubah-rubah

Jadi bagaimana untuk memilih supervisor (sv)?
Pilih yang saling boleh saling melengkapi satu sama lain.

Contoh, saya ni jenis tak buat kerja jika tak di pantau. Maka carilah sv yang suka pantau pelajarnya. Bagi saya, hal pemilihan ini adalah setara dengan cerewetnya kita “memilih suami”. Maaf jika keterlaluan.Tapi itu lah yang saya buat satu masa dahulu. Sangat teliti. Serik oooo bertukar Universiti ketika master. Itu pun satu kisah jugak. Nanti ada masa saya cerita no.

Makna kata, sebelum pilih sv, kita kena kenal kelemahan dan kelebihan diri kita sebaik mungkin. Sebelum mencari calon sv yang boleh membantu kita, cermin diri kita terlebih dahulu kerana untuk ubah orang lain adalah sangat sukar. Kita yang kena ubah diri kita.

Bagi saya proses mendapatkan PhD itu adalah lebih mudah apabila supervisee dan sv saling berkerjasama dan mempunyai fahaman yang sama. Hahaha. Bukan mudah oooo nak se mazhab ni.

Apa kriteria umumnya?

✔ lihat siapa pelajar sv tersebut sebelum kita. Tengok-tengok tesis dan artikel yang ditulis pelajar beliau.

✔ lihat “identiti” atau kriteria diri beliau yang boleh disesuai dengan diri kita. Fokus utama kepada kriteria penyeliaan. Bukan kerana sv sama-sama suka bermain badminton, atau punya hobi yang sama dan sebagainya dengan kita.

Apa kriteria bonus yg perlu ada pada sv?

✔ sv yang ada grant yang boleh dikongsi bersama. Ada, tak kongsi pun letih
✔ sv yang sentiasa ingin jumpa pelajarnya.
✔ sv yang tidak membuatkan kita rasa “kerdillll” sangat dimata beliau.

Tips untuk kekal lama dengan sv yang cerewet

✔ limitkan skop perkongsian kisah hidup terutamanya hal yg tidak berkaitan PhD.
✔ limitkan perbualan. Hanya dalam waktu akademik.
✔ jadilah saya yang menurut perintah

Dr. Shamshuritawati Sharif

TIP MUDAH! RAYA TAPI TESIS JALAN JUGA.

#TIPS #TULISTESIS

Raya datang lagi! Tapi tesis aku macam mana? Tip ini bantu anda kekalkan momentum!

Antara perkara yang menjadi kerisauan pelajar PhD ialah kurangnya momentum untuk menulis tesis disebabkan cuti raya.

Jika kurang momentum, OK lagi. Apa jadi jika hilang momentum terus? Nauzubillah!

Ia mungkin sahaja terjadi khususnya jika kita tidak mengambil langkah mengekalkan momentum menulis tesis.

Berikut ialah antara tip yang mudah untuk anda lakukan agar selepas raya nanti anda dapat menulis tesis selaju dan sepantas sebelum raya.

1. Sehari sebelum raya, ambil masa 2-3 jam untuk MERANCANG bahagian tesis yang perlu kita sambung selepas balik raya. Tidaklah kita mati kutu apa dan bagaimana untuk sambung tulis tesis nanti.

2. Jika akan balik kampung, cetak beberapa artikel jurnal yang akan kita baca ketika bercuti di sana. Bawa highlighter sekali. Di kampung, tetapkan masa bersendiri selama sejam dua untuk membaca. Apabila mahu sambung menulis tesis nanti, sudah tahu mahu rujuk bahagian mana di dalam artikel itu.

3. Pasang (install) aplikasi Trello dan gunakannya untuk menangkap idea menulis yang mungkin muncul pada bila-bila masa ketika raya nanti. Rujuk video ini untuk ketahui cara menggunakan Trello: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1472950556138910&id=719257608174879

4. Sehari sebelum balik raya, rakam suara kita membaca kandungan draf tesis yang sedang kita tulis. Dengar ketika memandu balik kampung. Tanam dalam otak kita bahawa kita masih dalam mood menulis tesis. Rakam suara dengan telefon pintar kita sahaja. Dengar pun di telefon pintar. Dengar berulang-ulang kali pun tiada masalah. Langkah ini juga boleh membantu kita untuk persediaan viva.

5. Jangan matikan (shutdown) komputer kita. Tetapi biarkannya dalam mod Hibernate. Biarkan semua software seperti MS Word, SPSS, dan Mendeley masih aktif. Letak nota di dalam MS Word tentang apa yang perlu kita sambung selepas raya nanti. Tidaklah seperti segalanya bermula daripada kosong semula apabila kita mahu sambung tulis tesis.

Anda mungkin ada tip yang turut berguna. Jom kongsikan sama-sama di bawah?

Terima kasih untuk gambar dan bacaan yang saya turut sarankan:
https://www.katebitters.com/keep-up-writing-momentum/

Muhammad Zaki Ramli

Berjaya ke Persidangan di Indonesia, Gadis Ini Kongsikan Tip Menarik untuk Berjaya Sepertinya. Tip #13 Boleh Buat Kita Sentap Minda

Alhamdulillah ACCEPTED lagi !

Berkat doa Mok, adik beradik, supervisor dan kawan – kawan.
Semoga ilmu ini berguna kepada seluruh umat manusia.

#Scopus #International #Indonesia #PhD

Tip-tip penting berikut seharusnya diikuti:

TIP 1: selama setahun, setiap bulan, saya bagi kat supervisor satu jumlah wang, sebagai contoh rm700. So darab la rm700 x 12 bulan: berapa ?

Masa dan duit yang dapat dahulukan utk PhD. Baju raya pun tak beli.

TIP 2: Buat siap – siap draft untuk stok paper. Sebagai contoh, saya buat 4 yang sv dah cek detail. Bila ada conference tinggal edit je masukkan dlm template. atau bila SV mintak paper, cepat je kita email.

TIP 3: Apa sahaja kita buat kena bincang dan dapat persetujuan daripada SV. Sepanjang saya buat PhD, saya cukup2 makan jer. Berjimat.

Setiap bulan yang saya bagi pada SV, tujuan untuk pergi workshop, pergi conference, proofread dan etc.

Kalau full time, selama 1 tahun sila setiap hari duduk bilik dekat dengan SV.

Macam saya, 1 tahun duduk merata, kemudian 1 tahun duduk dekat dengan bilik SV & bagi duit minta SV pegang.

Sekarang baru nak masuk 2 tahun, saya tengah nak siapkan tesis.

Cubalah perlahan – lahan tips saya ni. Allah banyak bantu saya. Saya tak ada duit, tapi keinginan untuk habiskan PhD lebih besar dari segala galanya.

TIP 4: Banyakkan sedekah terutama pad anak yatim dan jangan tinggal solat subuh di masjid. Setiap hari doa supaya Allah tunjuk jalan. Jangan berharap pada manusia sangat. Mintak keluarga doakan kita. Niat buat PhD kena betul. Saya pun bukan seorang yang baik pun, tapi saya cuba.

TIP 5: Banyakkan buat paper sebab paper ni kecik, jadi dia boleh guide kita untuk isi lompong dalam tesis. Saya pun tak pandai sangat, tapi sikit2 boleh.

TIP 6: Cari problem yang kita boleh cuba selesaikan atau cuba penuhi objektif, subjek yang kita minat dan kita boleh buat (mampu). Biarlah tesis kita biasa2 sahaja, janji kita boleh buat.

TIP 7: Jangan jadi katak bawah tempurung, keluar bersosial dengan player dalam bidang tesis kita. Mudah untuk kita kutip data nanti.

TIP 8: Dengar kata SV & CO SV. Ikut sahaja kata mereka. Semua untuk kebaikan kita

TIP 9: Pastikan SV tahu kedudukan kita kat mana. Saya balik kampung/sakit saya inform pada SV. Jangan hilang dari radar beliau.

TIP 10: Berkawan dengan calon PhD dari semua bidang. Jangan malu nak bertanya. Tebalkan je muka. Tak salah pun bertanya. Kalu tak tanya, sesat jalan.

TIP 11: Pastikan ada contoh TESIS & PAPER orang lain yang hampir dekat dengan tajuk kita, supaya kita ada guide dari situ. Kita tengok gaya dia menulis.

TIP 12: Banyakkan melibatkan diri dalam pertandingan, workshop dan sewaktu dengannya. Jangan jadi ‘pelajar’ semata – mata. Bina networking.

TIP 13: Kalau rasa MENTAL BLOCK, ingat kita yang BUAT TESIS, bukan TESIS buat kita.

Ni antara nasihat humble dari saya. Semoga membantu.

Cik Rabiatuadawiyah Kari,
Jangan jadikan tidak ada biasiswa dan tidak kerja tetap sebagai alasan.

Berjaya Tamat PhD dan Siap Ada Produk Kesihatan!

KENALI POTENSI DIRI ANDA

Assalamualaikum guys

Alhamdullilah, tamat sudah PHD ku yg berzaman. Mls nak kira berapa tahun phd aku nie. Yg penting dah lepas.
Terima kasih kepada mak abah yg tabah melayan kerenah anak bujang (now tak bujang) yg malas nie. Tak lupa kepada bos2 ku yg mmg dah masak dgn perangai aku. TQVM
Berbalik kepada tajuk, ada apa dgn tajuk aku tu.

Nak dijadikan cerita, once upon a time during my phd study:

1. kat starbak (aku pow kawan aku ye), kami dok acah hipster borak pasal masa dpn. Masa depan ye… Smua now phd holder yer. One of the topic, apa yg ko blh buat dgn skills ko. Member2 aku nie serius pandai. Programming lah, big data, antenna lah, aku tak paham smua tu. Aku just angguk dan buat2 paham bila borak pasal phd masing2. Diorg banyak skill yg blh apply after phd abis yer. BILA TURN AKU, AKU BLUR. AKU RASA, I HAVE NOTINGGG, NOOTIIINNGGGGG.

Then member aku ckp, aku ade skill nak buat nutraceutical product mcm dherbs ect. Just aku up skit sbb aku blh bt scientific validation on the product. Hahahaha. PHD Research aku nie nutraceutical area sort of lah. So mmg aku blh kata bab product formulation, validation, production, registration smua aku blh buat. Tapi yg aku master bab formulation and validation. Dari saat tu, aku triggered nak bt product. Tp actually ssh yer.

2. Kat court badminton, ade sorg kawan aku, die supplier brg ke hospital and clinics mostly. Aku pun ade beli barang kat die. Most of the time bila aku nak beli barang, aku akan beri bayak info ttg brg aku nak. So mmg byk lah ilmu aku dlm bab beli barang nie. Tak disangka sangka, member aku impress dgn cara aku. Die suggest aku jadi supplier sbb byk tahu pasal barang lab. Aku triggered gile bila ade org ckp skill yg kita sendiri tak Nampak. BTW, kat lab, aku nie mmg keje aku apply geran, urus geran, perabis duit geran.

APA YANG AKU DPT DARI PHD

1. Cerita 1: Sbb trigger sgt, aku berangan nak bt company yg jual local nutraceutical product, yg dah scientifically validated especially from universities. Angan2 jd kenyataan guys. Aku buka Whole Nature. One of the product adalah dari pHD aku, iaitu #aidecine. Polyherbal supplement to maintain normal blood glucose. Korang rajin2 lah like FB Whole Nature. Even product nie klinik pun ambik. Korg rajin2 lah tgk kat fb Whole Nature nak tahu info lebih.

2. Cerita 2: Ini super triggered. Lama juga aku berangan nie. Aku pun dok bincang2 dan berangan ngan member lab untuk buka company supply barang dgn harga yg murah. Maka tertubuhlah Tricell Bioscience Resources. Fokus kami adalah jual barang lab dgn harga yg murah compared to supplier lain yg mmg cekik darah. Syukur, mmg successful. And its growing. Korg like2 share2 lah FB Tricell Bioscience Resources yer.

MORAL OF THE STORY, CPT HABISKAN PHD ANDA.

KENALI POTENSI DIRI ANDA. KAWAN SEBELAH KAN ADE. COBA TANYA DIE. Kalo die ckp taka de, kau hempok aje.

Penulis: Hassan Fahmi, PhD

Doing PhD? This is a MUST READ!

Tips for postgraduate students:😎

“How to write your thesis so that you can convince the examiners to give you a PASS?”

Let me ask you one important question assuming you’re doing a PhD study.

“What is the purpose of you doing your PhD study?” 😕
———-
To discover new knowledge which will help humanity

To formulate a formula which will match the one invented by Einstein (remember E=mc2)

To qualify for the Nobel prize in Weird Science (Is there such a category? I’m not sure)

To win the best PhD student award etc.
———-

Very noble intent indeed. Good for you.

But, I always tell my PhD student and those PG students I bumped into..that the purpose of doing a PhD is..

“To get a PhD”😇

It is as simple as that. Nothing more or less. 😁

Because of this simple purpose of research life, you need to know what are needed to pass your PhD study.

i) Need to have a good research problem

ii) Need to do a solid research work

iii) Need to write a convincing research thesis (and submit it)

iv) Need to pass the Viva Voce

v) Do the correction and submit the final hard bound copies.

vi) Voila! You’re free…free at last💥

———

What is a good PhD Thesis?

i. Good command & use of English Language*!

* – I’ve assumed English Language is the mode of communication in your University. In case the language is Latin, Greek or French, I’m sorry. Please change accordingly.😁

ii. Must have a logical and cohesive structure

iii. “Easy*” to read and not entangle with inconsistent terminologies.

* – there is no thesis that is easy to read for those outside the field. But, if it is very difficult to read for those within the field, you’re in trouble waters.

iv. Argue logically and convincingly on the proposed method

v. Contain sufficient quantitative and qualitative data to show validity of proposed method

vi. Must have element of benchmarking

vii. Have shown solid theoretical, design and implementation analyses.

viii. Can coherently and consistently argue your novelty claims.

—————

A standard PhD thesis should have a structure as follows:

Chap 1: INTRODUCTION

(Research Background, Problem statement, Objectives, Scope and thesis overview)

Chap 2: LITERATURE REVIEW

(Must show gap analysis which support the research problem and proposed method)

Chap 3: RESEARCH METHODOLOGY

(Must show how you have “attacked” the research problem, theoretical foundation and design approaches & steps to investigate the viability of proposed method)

Chap 4: RESULTS & DISCUSSIONS

(These will prove that your research efforts are not in vain and you have solid proofs that your findings are real and should be accepted by the examiners. You also can show that some good publications have been produced as the results. Elements of benchmarking must be shown)

Chap 5: CONCLUSION & FUTURE WORK

(Must tally with the objectives and highlight the contributions to the body of knowledge)

These 5 chapters are the basic building blocks. If you write these well, you work will be accepted and increase the % for passing.

There are many guide and reference books on how to write a good thesis. Mine is the simple version. One which you should have in order to meet the minimum requirements.

—–
Additional notes (added on Fri, 110818):

There are other research thesis structures which are also accepted. Some thesis may look like a compilation of published papers. In Japan, one can be awarded the “Doctor of Science (D.Sc)” for such submission. As far as I know, it is not yet common practise in many Universities in Malaysia. Bottomline, write to make easy understanding of your work and not to dazzle readers with bombastic words.

——

Last point:

To produce a good thesis, one must write well.
To write well, one must write often.
To write often, one must have a solid purpose.

Good luck in your thesis writing ✍️.

p/s: pls share with others if they can benefit from the pointers. Tq 😇

Author: Prof. Mohd Rizal Arshad, USM