Berjaya ke Persidangan di Indonesia, Gadis Ini Kongsikan Tip Menarik untuk Berjaya Sepertinya. Tip #13 Boleh Buat Kita Sentap Minda

Alhamdulillah ACCEPTED lagi !

Berkat doa Mok, adik beradik, supervisor dan kawan – kawan.
Semoga ilmu ini berguna kepada seluruh umat manusia.

#Scopus #International #Indonesia #PhD

Tip-tip penting berikut seharusnya diikuti:

TIP 1: selama setahun, setiap bulan, saya bagi kat supervisor satu jumlah wang, sebagai contoh rm700. So darab la rm700 x 12 bulan: berapa ?

Masa dan duit yang dapat dahulukan utk PhD. Baju raya pun tak beli.

TIP 2: Buat siap – siap draft untuk stok paper. Sebagai contoh, saya buat 4 yang sv dah cek detail. Bila ada conference tinggal edit je masukkan dlm template. atau bila SV mintak paper, cepat je kita email.

TIP 3: Apa sahaja kita buat kena bincang dan dapat persetujuan daripada SV. Sepanjang saya buat PhD, saya cukup2 makan jer. Berjimat.

Setiap bulan yang saya bagi pada SV, tujuan untuk pergi workshop, pergi conference, proofread dan etc.

Kalau full time, selama 1 tahun sila setiap hari duduk bilik dekat dengan SV.

Macam saya, 1 tahun duduk merata, kemudian 1 tahun duduk dekat dengan bilik SV & bagi duit minta SV pegang.

Sekarang baru nak masuk 2 tahun, saya tengah nak siapkan tesis.

Cubalah perlahan – lahan tips saya ni. Allah banyak bantu saya. Saya tak ada duit, tapi keinginan untuk habiskan PhD lebih besar dari segala galanya.

TIP 4: Banyakkan sedekah terutama pad anak yatim dan jangan tinggal solat subuh di masjid. Setiap hari doa supaya Allah tunjuk jalan. Jangan berharap pada manusia sangat. Mintak keluarga doakan kita. Niat buat PhD kena betul. Saya pun bukan seorang yang baik pun, tapi saya cuba.

TIP 5: Banyakkan buat paper sebab paper ni kecik, jadi dia boleh guide kita untuk isi lompong dalam tesis. Saya pun tak pandai sangat, tapi sikit2 boleh.

TIP 6: Cari problem yang kita boleh cuba selesaikan atau cuba penuhi objektif, subjek yang kita minat dan kita boleh buat (mampu). Biarlah tesis kita biasa2 sahaja, janji kita boleh buat.

TIP 7: Jangan jadi katak bawah tempurung, keluar bersosial dengan player dalam bidang tesis kita. Mudah untuk kita kutip data nanti.

TIP 8: Dengar kata SV & CO SV. Ikut sahaja kata mereka. Semua untuk kebaikan kita

TIP 9: Pastikan SV tahu kedudukan kita kat mana. Saya balik kampung/sakit saya inform pada SV. Jangan hilang dari radar beliau.

TIP 10: Berkawan dengan calon PhD dari semua bidang. Jangan malu nak bertanya. Tebalkan je muka. Tak salah pun bertanya. Kalu tak tanya, sesat jalan.

TIP 11: Pastikan ada contoh TESIS & PAPER orang lain yang hampir dekat dengan tajuk kita, supaya kita ada guide dari situ. Kita tengok gaya dia menulis.

TIP 12: Banyakkan melibatkan diri dalam pertandingan, workshop dan sewaktu dengannya. Jangan jadi ‘pelajar’ semata – mata. Bina networking.

TIP 13: Kalau rasa MENTAL BLOCK, ingat kita yang BUAT TESIS, bukan TESIS buat kita.

Ni antara nasihat humble dari saya. Semoga membantu.

Cik Rabiatuadawiyah Kari,
Jangan jadikan tidak ada biasiswa dan tidak kerja tetap sebagai alasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s