TIP MUDAH! RAYA TAPI TESIS JALAN JUGA.

#TIPS #TULISTESIS

Raya datang lagi! Tapi tesis aku macam mana? Tip ini bantu anda kekalkan momentum!

Antara perkara yang menjadi kerisauan pelajar PhD ialah kurangnya momentum untuk menulis tesis disebabkan cuti raya.

Jika kurang momentum, OK lagi. Apa jadi jika hilang momentum terus? Nauzubillah!

Ia mungkin sahaja terjadi khususnya jika kita tidak mengambil langkah mengekalkan momentum menulis tesis.

Berikut ialah antara tip yang mudah untuk anda lakukan agar selepas raya nanti anda dapat menulis tesis selaju dan sepantas sebelum raya.

1. Sehari sebelum raya, ambil masa 2-3 jam untuk MERANCANG bahagian tesis yang perlu kita sambung selepas balik raya. Tidaklah kita mati kutu apa dan bagaimana untuk sambung tulis tesis nanti.

2. Jika akan balik kampung, cetak beberapa artikel jurnal yang akan kita baca ketika bercuti di sana. Bawa highlighter sekali. Di kampung, tetapkan masa bersendiri selama sejam dua untuk membaca. Apabila mahu sambung menulis tesis nanti, sudah tahu mahu rujuk bahagian mana di dalam artikel itu.

3. Pasang (install) aplikasi Trello dan gunakannya untuk menangkap idea menulis yang mungkin muncul pada bila-bila masa ketika raya nanti. Rujuk video ini untuk ketahui cara menggunakan Trello: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1472950556138910&id=719257608174879

4. Sehari sebelum balik raya, rakam suara kita membaca kandungan draf tesis yang sedang kita tulis. Dengar ketika memandu balik kampung. Tanam dalam otak kita bahawa kita masih dalam mood menulis tesis. Rakam suara dengan telefon pintar kita sahaja. Dengar pun di telefon pintar. Dengar berulang-ulang kali pun tiada masalah. Langkah ini juga boleh membantu kita untuk persediaan viva.

5. Jangan matikan (shutdown) komputer kita. Tetapi biarkannya dalam mod Hibernate. Biarkan semua software seperti MS Word, SPSS, dan Mendeley masih aktif. Letak nota di dalam MS Word tentang apa yang perlu kita sambung selepas raya nanti. Tidaklah seperti segalanya bermula daripada kosong semula apabila kita mahu sambung tulis tesis.

Anda mungkin ada tip yang turut berguna. Jom kongsikan sama-sama di bawah?

Terima kasih untuk gambar dan bacaan yang saya turut sarankan:
https://www.katebitters.com/keep-up-writing-momentum/

Muhammad Zaki Ramli

One thought on “TIP MUDAH! RAYA TAPI TESIS JALAN JUGA.”

  1. Terima kasih atas tipsnya👍. No 5 tu memang biasa buat sepanjang mood writing menjelma. Berhari-hari tak shut down laptop. Tapi tak elok juga untuk kesihatan laptop. Sekali-kali shut down properly 😅

    http://www.tipsnur.com

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s