20 Sebab Sambung PhD Ini Pasti Akan Buat Motivasi Anda Melonjak

Anda mahu sambung PhD?

Kompilasi sebab-sebab sambung PhD ini mungkin membantu anda segera membuat keputusan sama ada PhD ialah sesuatu yang perlu anda kejar atau tidak.

1. Menjadi ahli akademik

Mereka yang mempunyai sebab sebegini adalah “aset berharga” negara. Tidak semua mampu untuk mengajar, membuat penyelidikan secara sepenuh masa serta berkecimpung dalam sesuatu bidang dengan serius. Jika ini anda, sila berdiri dan benarkan kami memberikan tepukan gemuruh.

2. Minat mendalam terhadap sesuatu bidang

Mereka yang mempunyai sikap ingin tahu yang mendorong untuk menjadi pakar, bukan sekadar merujuk kepada Encik Google. Juga merupakan “spesies terancam”, minat mereka ini wajar dipuji kerana mereka ingin menyumbang kepada pengetahuan sedia ada dengan kajian mereka.

3. Memperolehi gaji yang lumayan

Sebelum kita melabel golongan ini sebagai “mata duitan”, sedarlah hakikat bahawa wang adalah kuasa yang menggerakkan dunia. Jadi tidak hairanlah jika mereka mempunyai tujuan ini demi mengejar pendapatan yang lebih. Tetapi ijazah kedoktoran tidak menjamin gaji yang tinggi, namun mampu menjadikan resume anda lebih “indah”.

4. Mengejar kenaikan pangkat

Terdapat sesetengah syarikat yang mempunyai dasar (silent policy) yang memerlukan seseorang memiliki ijazah kedoktoran untuk kenaikan pangkat. Kita hidup tentunya mencari peningkatan, jadi tidak hairanlah jika ini merupakan salah satu motivasi yang penting.

5. Ingin bergelar “pelajar”

Berpegang kepada prinsip pembelajaran sepanjang hayat, mereka gemar dikenali sebagai pelajar. Sudah tentunya status seorang pelajar di peringkat kedoktoran lebih tinggi dari pelajar sekolah.

6. Mencari cabaran hidup

Tidak mampu duduk diam, golongan ini sentiasa mencari cabaran baru untuk menyerikan kehidupan mereka. Wajar dilabel sebagai golongan “kamikaze”.

7. Menimbulkan rasa hormat
Golongan yang mempunyai PhD sentiasa dipandang tinggi dalam masyarakat, pandangan mereka dihargai dan sebarang cadangan penyelesaian yang diberikan turut mempunyai nilai tinggi.

8. Ingin bergelar “Doktor”

Tanyalah cita-cita kepada pelajar darjah satu dan kemungkinan besar jawapannya ialah “doktor”. Namun tidak semua mampu untuk menceburi bidang perubatan. Tidak mengapa kerana dengan adanya PhD, anda mampu bergelar “Doktor” walaupun belum tentu mampu mengubati pesakit.

9. Kecenderungan dalam kajian penyelidikan

Manusia mempunyai hobi dan minat yang pelbagai, dan bagi golongan ini, melaksanakan kajian adalah hobi mereka. Gemar mencari bahan, membaca kajian dan membuat rumusan memberi kebahagiaan kepada golongan ini.

10. Suka “bertapa” dalam makmal

Makmal merupakan “syurga” bagi golongan ini, terutamanya apabila ujikaji yang dilaksanakan membuahkan hasil. Minta mereka duduk di dalam makmal berjam-jam lamanya, dan saksikan sendiri golongan ini berada dalam habitat semulajadi mereka.

11. Arahan majikan

Bos sentiasa betul, jadi bila bos arahkan untuk menyambung pelajaran, jangan kata tidak. Ikut sahaja.

12. Cuti bergaji

Ini golongan beruntung. Menerima gaji penuh walaupun sedang menyambung pengajian. Sering menjadi mangsa kecemburuan orang di sekitar.

13. Mengikuti jejak keluarga

Ayahnya ada PhD, begitu juga ibu. Suri teladan berada di depan mata dan menjadi inspirasi. Ini adalah sebaik-baik contoh dan pembakar semangat.

14. Memenuhi kehendak keluarga

Mungkin tidak sekuat arahan majikan, tetapi perlu dipertimbangkan terutamanya jika menerima biasiswa FaMa (father and mother).

15. Menjadi contoh kepada anak-anak

Tiada contoh yang lebih baik melainkan ibu dan bapa sendiri. Untuk menguatkan perasaan cintakan ilmu dalam jiwa anak-anak, maka mereka memilih untuk memulakan langkah. “Jika ayah/ibu boleh buat, kenapa tidak (masukkan nama anak)?” merupakan mantra golongan ini.

16. Kekal muda

Golongan ini menyimpan harapan untuk kelihatan atau merasa muda dengan menyambung PhD. Mungkin akan berubah fikiran setelah mula menjalani pengajian dan menambah uban di kepala dalam proses tersebut.

17. Menambah kemahiran

Matlamat yang mulia. Harus menjadi ikutan kepada golongan yang mudah berpuas hati dengan tahap kemahiran sekarang.

18. Mencari erti hidup

Mungkin golongan ini tidak menemui erti hidup melalui kehidupan harian. Silakan untuk meneruskan niat ini dan maklumkan kami sekiranya menemui erti tersebut.

19. Bosan dengan kerja

Mungkin golongan ini telah mula muak dengan rutin harian biasa. Jadi mereka ingin menambah rencah serta rempah ratus dalam hidup dengan memulakan perjalanan memperolehi gelaran “Doktor”.

20. Mengisi masa lapang

Kepada golongan ini, tahniah kerana memiliki masa yang lapang. Seharusnya dipuji kerana memilih untuk menyambung pengajian dan bukannya mengedar dadah atau merempit.

Tak kiralah apapun alasan dan motivasi anda, yang penting anda berani untuk memulakan perjalanan ini. Pastikan sebelum itu, tanya diri anda “Kenapa aku mengejar PhD?” Selamat berjaya dan semoga dipermudahkan!

Gambar diambil daripada https://goo.gl/images/pGoFjK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s