Perbalahan tentang Jobscope Proofreader

1. Ada orang yang faham, kerja proofreader ialah “semak bahasa”.

2. Bahasa tak perlu disemak. Bukan kerja proofreader. Itu kerja orang bahasa.

3. Yang perlu dilakukan oleh proofreader adalah untuk pastikan dokumen klien mengikut dan menurut hukum-hukam bahasa (tatabahasa, ejaan dan tanda baca) agar penyampaian makna dan isi di dalam dokumen

✅mudah difahami
✅membawa kefahaman yang asa. Maksudnya, bagi sepuluh orang baca, sepuluh-sepuluh mereka faham satu perkara yang sama.

4. Lalu ada yang mempersoalkan: Itu kerja editor, bukan proofreader!

5. Apabila ditanya apa pula kerja proofreader, katanya ialah penyemak pruf. Kerjanya ialah memastikan persembahan akhir dokumen menurut format yang ditetapkan. Itu yang keluar pembaris, tak cukup cm dan mm, pruf kena tolak. Kena betulkan formatting hingga ke titisan milimeter terakhir.

6. Tahu tak, “pruf” tu apa? Pruf ialah naskhah bercetak yang perlu disemak oleh pembaca pruf (proofreader) untuk pastikan ia sedia untuk dicetak pada skala besar. Kalau tesis universiti, tak besar manalah. Setakat 3-6 salinan.

7. Di sinilah kekeliruan muncul. Apa sebenarnya skop tugasan proofreader? Editor pula buat apa? Kena semak persembahan bahasa atau tidak? Pembaris dan proofreader perlu jadi kawan rapat atau tidak?

8. Ini jawapan saya daripada perspektif orang pernah bekerja di dan dengan syarikat penerbitan, serta mengurus selia lebih 80 orang proofreader/editor atas nama Proofreaders United – PU.

======

9. Proofreader atau editor, mereka ialah orang yang menjual perkhidmatan.

10. Seperti kita dapatkan khidmat tukang gunting rambut, kita akan bagitahu gaya macam mana yang kita mahu tukang gunting buat supaya ia memenuhi potongan rambut yang ingin kita gayakan.

11. Sama halnya apabila berurusan dengan proofreader/editor. Kita sebagai orang yang meminta perkhidmatan perlu jelas ✅apakah masalah pada dokumen kita dan ✅apakah keinginan yang kita ingin capai. Hal ini supaya proofreader/editor boleh tentukan mereka boleh berikan perkhidmatan itu atau tidak.

12. Mudah kata, tak perlu pening-pening tentang istilah proofreader atau editor pun.

13. Yang perlu kita jelas ialah, apakah kepeningan yang ingin kita pindahkan kepada proofreader/editor, kerana mereka ada kemampuan untuk menguruskan kepeningan itu.

14. Dan apabila kepeningan itu sudah dicanai dan dikembalikan kepada kita, ia menjadi satu produk yang membawa kita lebih dekat dengan keinginan kita.

======

15. Itu falsafahnya, lah. Berikut pula ialah contoh yang lebih dekat dengan dunia pascasiswazah.

16. Contohnya, tesis kita sangat teruk persembahan bahasanya sehingga SV tak selera nak baca, apatah lagi meluluskannya untuk dilepaskan kepada pemeriksa.

17. Dari segi persembahan kandungan (content), statistik, analisis, dsb., semua dah mantap dah. Tapi kantoi pada persembahan bahasa pula.

18. Lalu, kita carilah orang yang boleh bantu baiki persembahan bahasa tesis itu agar SV kembali berselera nak baca dan luluskan ia untuk disemak oleh pemeriksa.

======

19. Rumusannya:

Masalah: Persembahan bahasa teruk
Kesan: SV tak nak baca dan luluskan
Keinginan: Pikat selera SV untuk hadap dan baca lalu luluskannya
Penyelesaian: Cari bantuan luar yang boleh selesaikan masalah itu dan capai keinginan tersebut.

20. Perhatikan bahawa saya tak sebut pun proofreader atau editor sebagai bantuan luar.

21. Yang lebih saya tekankan ialah: ketahui masalah, jelas dengan keinginan yang ingin dicapai, dan kemudian zahirkannya kepada penyedia perkhidmatan.

======

22. Ok sikit lagi nak kongsi. Pasal penyedia perkhidmatan pula.

23. Ringankan mulut bertanya apa masalah yang klien ingin kita selesaikan. Jangan main anggap klien faham apa sebenarnya masalah mereka.

24. Kadang-kadang klien pun tak tahu apa masalah mereka. Dan mereka pun main agak-agak sahaja bahawa kita boleh selesaikan masalah mereka.

======

25. Saya tak habis kaji lagi apa yang menjadi perbincangan di FB Dr. Othman Talib. Namun harap-harapnya adalah sedikit sebanyak maklumat berguna dalam perkongsian ini ya.

Muhammad Zaki Ramli

Pengasas Proofreaders United

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s