Nak Sambung Belajar tapi Tak Tahu Cara Pilih Penyelia? Ini Tip Pentingnya

MEMILIH SUPERVISOR PhD
=======================

Rata-rata meletakkan beberapa kriteria yang perlu ada dalam diri supervisor sarjana/PhD.

Kriteria paling utama adalah, dengan berada di bawah seliaannya dan dengan bimbingan beliau kita boleh memegang scroll PhD seperti yang dicita-citakan.

Jika berjaya habiskan pengajian dengan status GOT (graduate on time) itu lebih dan lebih menariklah. Banyak kelebihan GOT. Tak perlu extra yuran, tak perlu extra peruntukan untuk sara hidup, tak perlu membuang usia muda. GOT seperti Bonus! Adakalanya dapat, adakalanya tidak.

Namun GOT bukanlah penentu kepada kejayaan kita selepas tamat pengajian. Terutamanya kepada mereka yang bergelar ahli akademik. Untuk kekal istiqomah membuat research disamping tugasan hakiki yang lain juga tanggungjawab rumah tangga suatu yang menduga akal. Menguji diri.
Jika PhD boleh diselesaikan tanpa adanya supervisor, maka adalah mustahil pihak universiti menetapkan syarat setiap pelajar perlu dibimbing oleh supervisor.

Berbalik kepada supervisor, kita kena faham bahawa mereka adalah manusia biasa, memilikisifat BAHARU. Yakni sifat yang boleh berubah-rubah. Tambah lagi kita perlu bersama beliau selama sekurang-kurangnya dua tahun. Sepanjang tempoh itu, kita adalakalanya akan terasa seperti salah memilih supervisor.

“Untungnya rakan aku. Supervisor dia best”

Soalan: Apakah kriteria untuk memilih supervisor (sv)?

Jawapan : Pilih yang saling boleh saling melengkapi satu sama lain dan commited dengan supervision.

Contoh, saya seorang yang tidak buat kerja jika tidak di pantau walaupun saya tahu PhD itu pilihan saya. Maka carilah sv yang suka pantau pelajarnya. Kejap-kejap sv mahu berjumpa. Namun, ada orang sikapnya adalah berbeza dengan saya.

Bagi saya, cerewet dalam hal pemilihan sv setara dengan cerewetnya kita “memilih suami”. Kita dan suami saling melengkapi. Ada yang sependapat dan tidak. Tetapi kekal bersama.

Maaf jika keterlaluan.Tapi itu lah yang saya lakukan satu masa dahulu. Sangat teliti. Serik oooo bertukar Universiti ketika master. Itu pun satu kisah jugak. Nanti ada masa saya cerita no. 😁😁😁

Maknanya apa?

Sebelum pilih sv, kita perlu kenal kelemahan dan kelebihan diri kita sebaik mungkin. Sebelum mencari calon sv yang boleh membantu kita, cermin diri kita terlebih dahulu.

Aku orang yang bagaimana dalam research?
Ilmu yang aku ada sejauh mana sahaja?
Pengalaman aku bagaimana?

Kenapa perlu refleksi? Kerana untuk ubah orang lain adalah perkara yang sangat sukar. Kita yang perlu mengubah diri kita ke arah yang lebih baik.

Bagi saya proses mendapatkan PhD itu adalah lebih mudah apabila supervisee dan sv saling berkerjasama dan mempunyai fahaman yang sama.

Hahaha.

Bukan mudah oooo nak dapat dua orang dengan mazhab yang sama.

Apa kriteria umumnya?

Saya berikan dua sahaja yang paling penting.

✔ Rujuk bekas pelajar kepada sv tersebut?

Baca dan fahami gaya penulisan tesis dan artikel yang ditulis pelajar beliau. Opss jangan lupa, hadam semua artikel yang beliau tulis. Lihat pengalamannya sebagai penulis pertama.

✔ lihat “identiti” atau kriteria diri beliau yang boleh disesuai dengan diri kita.

Fokus utama kita berikan kepada kriteria penyeliaan. Bukan kerana sv sama-sama suka bermain badminton, atau punya hobi yang sama dan sebagainya dengan kita.

Apa kriteria bonus yg perlu ada pada sv?

✔ sv yang ada geran yang boleh dikongsi bersama. Ada geran tetapi tidak berkongsi pun letih juga kita.
✔ sv yang sentiasa ingin ambil tahu progress pelajarnya.
✔ sv yang tidak membuatkan kita rasa “kerdillll” sangat dimata beliau.

Tips untuk kekal lama dengan sv yang cerewet

✔ limitkan skop perkongsian kisah hidup terutamanya hal yg tidak berkaitan PhD.
✔ limitkan perbualan. Hanya dalam waktu akademik.
✔ jadilah saya yang menurut perintah

Apapun juga, hormat mesti wujud terlebih dulu. Jika hilang rasa hormat, seeloknya kita putus sahaja mencari yang lain. Bukan lebih baik. Tetapi yang boleh saling berkerjasama.

Itu pandangan saya. Kita mungkin berbeza.

Dr. Shamshuritawati, UUM