Baru sambung Master/PhD? Anda WAJIB serta Facebook groups ini

Facebook menjadi medium sosial pelbagai kelompok. Tidak tertinggal juga ialah kelompok pelajar pascasiswazah yang memerlukan maklumat daripada rakan seuniversiti dan selatar belakang.

Ini senarai Facebook group yang pelajar pascasiswazah wajib sertai sekarang demi kelancaran pengajian mereka dan untuk mendapatkan maklumat dan bantuan:

1. Tulis Tesis
Mahu tidak mahu, pelajar pascasiswazah perlu menulis tesis. Facebook group ini memberikan panduan serta ebook percuma berkenaan penulisan tesis.

2. Doctorate Support Group
Walaupun anda sambung master, Facebook group ini turut relevan dengan anda. Ia tidak terhad kepada pelajar PhD sahaja. Sesuai dengan namanya, bentuk bantuan yang diberi di dalam group ini lebih universal.

3. MS Word for Thesis Formatting
Percayalah bahawa anda tidak akan mahu tersekat dalam penyerahan tesis anda kepada pejabat pascasiswazah hanya semata-mata kerana masalah formatting. Facebook group ini memberikan panduan percuma tentang cara untuk memformatkan tesis.

4. Dr ROKET Network
Facebook group ini mungkin terbuka kepada pelajar pascasiswazah yang pernah hadir ke seminar Dr. Roket sahaja. Ada baiknya anda sertai seminar itu terlebih dahulu untuk ketahui perkara-perkara asas yang penting untuk memastikan anda boleh tamatkan pengajian pascasiswazah anda dengan penuh gemilang.

5. ATLAS.ti Researchers’ Group
Sekiranya anda mahu memudahkan analisis kualitatif anda, kumpulan ini menyediakan wadahnya. Anda juga pasti ingin mudah menguruskan ribuan literatur yang anda baca dan petik di dalam tesis anda. Di sinilah tempatnya untuk belajar tentang software Atlas.ti.

6. Facebook group postgraduate universiti masing-masing
Ada maklumat yang bersifat tempatan, yakni khusus untuk pelajar universiti tertentu sahaja. Berikut antara Facebook group yang ada:

UMK Postgraduate Students Group
Postgraduate UPM
Postgraduate Students’ Society of IIUM (PGSS)
UMP Postgraduate Association
UNISZA POSTGRADUATE STUDENTS’ SOCIETY
UMT Postgraduate Support Group
GSA@ UTHM

Bagi anda yang baru mendaftar pengajian, selamat menempuh alam pengajian!

Apa lagi? Cepat sertai group-group penting di atas agar pengajian anda terbantu dan berjalan lancar lagi laju.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s