Category Archives: General

Perbalahan tentang Jobscope Proofreader

1. Ada orang yang faham, kerja proofreader ialah “semak bahasa”.

2. Bahasa tak perlu disemak. Bukan kerja proofreader. Itu kerja orang bahasa.

3. Yang perlu dilakukan oleh proofreader adalah untuk pastikan dokumen klien mengikut dan menurut hukum-hukam bahasa (tatabahasa, ejaan dan tanda baca) agar penyampaian makna dan isi di dalam dokumen

✅mudah difahami
✅membawa kefahaman yang asa. Maksudnya, bagi sepuluh orang baca, sepuluh-sepuluh mereka faham satu perkara yang sama.

4. Lalu ada yang mempersoalkan: Itu kerja editor, bukan proofreader!

5. Apabila ditanya apa pula kerja proofreader, katanya ialah penyemak pruf. Kerjanya ialah memastikan persembahan akhir dokumen menurut format yang ditetapkan. Itu yang keluar pembaris, tak cukup cm dan mm, pruf kena tolak. Kena betulkan formatting hingga ke titisan milimeter terakhir.

6. Tahu tak, “pruf” tu apa? Pruf ialah naskhah bercetak yang perlu disemak oleh pembaca pruf (proofreader) untuk pastikan ia sedia untuk dicetak pada skala besar. Kalau tesis universiti, tak besar manalah. Setakat 3-6 salinan.

7. Di sinilah kekeliruan muncul. Apa sebenarnya skop tugasan proofreader? Editor pula buat apa? Kena semak persembahan bahasa atau tidak? Pembaris dan proofreader perlu jadi kawan rapat atau tidak?

8. Ini jawapan saya daripada perspektif orang pernah bekerja di dan dengan syarikat penerbitan, serta mengurus selia lebih 80 orang proofreader/editor atas nama Proofreaders United – PU.

======

9. Proofreader atau editor, mereka ialah orang yang menjual perkhidmatan.

10. Seperti kita dapatkan khidmat tukang gunting rambut, kita akan bagitahu gaya macam mana yang kita mahu tukang gunting buat supaya ia memenuhi potongan rambut yang ingin kita gayakan.

11. Sama halnya apabila berurusan dengan proofreader/editor. Kita sebagai orang yang meminta perkhidmatan perlu jelas ✅apakah masalah pada dokumen kita dan ✅apakah keinginan yang kita ingin capai. Hal ini supaya proofreader/editor boleh tentukan mereka boleh berikan perkhidmatan itu atau tidak.

12. Mudah kata, tak perlu pening-pening tentang istilah proofreader atau editor pun.

13. Yang perlu kita jelas ialah, apakah kepeningan yang ingin kita pindahkan kepada proofreader/editor, kerana mereka ada kemampuan untuk menguruskan kepeningan itu.

14. Dan apabila kepeningan itu sudah dicanai dan dikembalikan kepada kita, ia menjadi satu produk yang membawa kita lebih dekat dengan keinginan kita.

======

15. Itu falsafahnya, lah. Berikut pula ialah contoh yang lebih dekat dengan dunia pascasiswazah.

16. Contohnya, tesis kita sangat teruk persembahan bahasanya sehingga SV tak selera nak baca, apatah lagi meluluskannya untuk dilepaskan kepada pemeriksa.

17. Dari segi persembahan kandungan (content), statistik, analisis, dsb., semua dah mantap dah. Tapi kantoi pada persembahan bahasa pula.

18. Lalu, kita carilah orang yang boleh bantu baiki persembahan bahasa tesis itu agar SV kembali berselera nak baca dan luluskan ia untuk disemak oleh pemeriksa.

======

19. Rumusannya:

Masalah: Persembahan bahasa teruk
Kesan: SV tak nak baca dan luluskan
Keinginan: Pikat selera SV untuk hadap dan baca lalu luluskannya
Penyelesaian: Cari bantuan luar yang boleh selesaikan masalah itu dan capai keinginan tersebut.

20. Perhatikan bahawa saya tak sebut pun proofreader atau editor sebagai bantuan luar.

21. Yang lebih saya tekankan ialah: ketahui masalah, jelas dengan keinginan yang ingin dicapai, dan kemudian zahirkannya kepada penyedia perkhidmatan.

======

22. Ok sikit lagi nak kongsi. Pasal penyedia perkhidmatan pula.

23. Ringankan mulut bertanya apa masalah yang klien ingin kita selesaikan. Jangan main anggap klien faham apa sebenarnya masalah mereka.

24. Kadang-kadang klien pun tak tahu apa masalah mereka. Dan mereka pun main agak-agak sahaja bahawa kita boleh selesaikan masalah mereka.

======

25. Saya tak habis kaji lagi apa yang menjadi perbincangan di FB Dr. Othman Talib. Namun harap-harapnya adalah sedikit sebanyak maklumat berguna dalam perkongsian ini ya.

Muhammad Zaki Ramli

Pengasas Proofreaders United

Artikel Terbit Di Jurnal Q1 Pun Masih Berliku-liku Cabaran… Artikel Panjang Ini Wajar Jadi Pedoman Semua Pelajar Pascasiswazah

Penghabisan PhD bergantung pada doa, mintalah doa pada Tuhan yang Esa. Mintalah sesiapa sahaja doakan, kerna kita tidak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan. Doa ibu ayah, suami isteri, anak-anak (termasuk anak kecil), ahli keluarga, rakan taulan, anak yatim etc.. Semuanya..

Izinkan hamba mencoret sedikit refleksi daripada pengalaman sendiri untuk merdeka daripada PhD selepas hampir 4 tahun, dengan dua kali viva dalam tempoh 9 bulan.

1. Doakan dapat examiners yang memahami, tidak sombong dan tidak ego. In my case, examiners adalah rakan-rakan baik (external merupakan ex-sv kepada sv). Ini tidak menjamin they will be nice to you. You need to understand and firmly convince them about the research and the contributions. Boleh amalkan surah an-naml 30-31, mudah-mudahan kita tidak dipandang dalam kesombongan dan ego tetapi dalam suasana penuh harmoni dan profesional academically.

2. Tawakallah dan teruskan usaha walaupun SV kata thesis yang dah siap itu superb. My SV told me the submitted thesis was among the best thesis of his student in this 15 years time. He added that the examineras would find difficulties in asking the questions during the viva. Kata-kata ini berikan motivasi dalam diri, tapi ketika viva terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga tak dapat lulus langsung walaupun dengan major correction.

3. Pastikan examiners adalah orang yang directly dalam bidang khusus, kalau tidak pakar pun atleast pernah ada research or paper dalam bidang dan bukannya just kena tipis-tipis. jangan beranggapan hubungan examiners dengan SV akan berikan kelebihan secara total pada kita. Ini boleh berlaku apabila bidang fokus itu terlalu besar. Contohnya seorang prof dalam kejuruteraan mekanikal boleh jadi pakar dalam bidang machining dan tak semestinya dalam material fatigue walaupun kedua-duanya dipayungi dibawah kejuruteraan mekanikal.

4. Selidik latar belakang dan gaya examiners, but ini memang sukar so banyakkan tawakkal. In my case the examiners not really happy when the thesis was submitted in less than three years. The mode of thesis using journal compilations not really impressed them.

5. Dalam viva, jangan terperangkap dengan soalan spesifik yang nampak kecil skop jawapan, variasikan contoh dan cari peluang berikan penerangan dengan keluar daripada lingkaran atau perangkap soalan.

6. Penerbitan dan paper kita yang telah punya citations adalah satu kekuatan, jika journal Q1 akan jadi lebih selamat. Tetapi usah terlalu yakin tetapi tenang fokus untuk present seperti kita melayan layman yang tak tau apa-apa pasal research kita. In my case, paper Q1 yang dah publish dan dicite orang pun dikritik habis-habisan, so banyakkan tawakkal dan variasikan jawapan and stay firm. Dan tiada paper pun bukan masalah sekiranya itu bukan syarat bergraduate daripada University.

7. Keberkatan dan kejayaan kadang-kadang adalah daripada keadilan dan kualitinya masa yang diberikan pada keluarga. Isteri dan anak-anak sengsara sepanjang 3-4 tahun PhD kita, jangan biarkan mereka turut lemas bersama kita yang mungkin down, letih, stress etc. Jangan bawa pulang mood negatif ke rumah, tolong charge semangat dan bawa aura positif pada keluarga. Rancang masa berkualiti dan tanggungjawab pada isteri dan anak-anak perlu didahulukan. Family is first. My humble opinion mungkin Allah tegur bagaimana diri ini kurang prihatin dengan emosi dan kesukaran seorang isteri dengan anak-anak, yang jauh terbang bersama suami hanya utk urusan akademik suaminya. Mungkin ini sebab kejayaan ditunda sejenak , kerana kita juga perlu sedar keluarga menagih kasih sayang dan tunjuk ajar daripada kita.

8. Bagi yang down, rasa teramat sukar perjalanan ini, keluarkan derma/sedekah/infaq secara berterusan. Tolonglah sesiapa yang memerlukan walau apa bantuan sekalipun. Moga Allah buka jalannya. Kalau dapat major/reviva sekalipun, kuatkan diri, buat sebaiknya sehinggalah kita berjaya mahupun ditakdirkan gagal. Jika gagal setelah berusaha sedaya upaya, serahkan pada Allah. InshaAllah ada jalan berkat lain yang Allah sediakan untuk kita, kalau bukan melalui kita sekarang maka mungkin ianya untuk anak cucu kita pada masa hadapan atau tika kita sudah tiada. Yang penting kita sudah buat sehabis baik, sedaya yang mungkin.

9. Janganlah kita irihati atau bersifat negatif apabila ada kawan-kawan kita yang dapat selesaikan thesis mereka ontime atau lebih awal daripada kita. Kita tak tau susah/perit mereka, mungkin yang kita nampak hanya kemudahan dan kesenangan. Kerana tak semua orang akan pamerkan kesusahan pada kita. Sebaiknya kita doakan agar rakan-rakan kita ini akan terus dimudahkan sehingga berjaya. Lupakah kita doa kita pada seorang yang lain tanpa pengetahuannya jika diaminkan oleh para malaikat, maka akan diaminkan kebaikan yang sama untuk diri kita? Maka sentiasalah doakan rakan-rakan kita yang sedang berjuang bersama kita. Jangan pandangan negatif kita menjadi penahan mata (‘ain) yang merencatkan semangat rakan-rakan kita yang telah terkehadapan.

10. Seperti yang semua maklum, PhD adalah jalan yang unik untuk setiap daripada kita. Hargailah ia, usah dibanding-banding. Ada orang mudah jalannya pada mata kita tapi kita tak tahu ada ujian lain yang lebih besar pernah menimpa mereka. Saya sendiri menyaksikan bagaimana ada rakan yang kematian anak, kematian ibu, kematian bapa, kematian suami etc. Ada yang SV meninggal, SV diberhenti kerja, ada yang dirinya sendiri didiagnosis kanser, anak kelainan upaya etc. Apakah dengan membanding-banding kita sanggup alami dugaan besar yang mereka pernah hadapi, sanggupkah? Jika ada yang tamat 3 tahun, alhamdulillah. Jika ada yang tamat 6 tahun, alhamdulillah. Itu jalannya. Jika ada yang gagal, InshaAllah ada jalan yang lebih Allah redhai. Maka bersyukur dan redhalah.

11. Tunduklah diri dan rasalah penghambaan pada Allah. Ketika yakin dengan usaha kita, walau SV sudah puji melambung, tika Q1 jurnal sudah dipublish tp jika ketundukan pada Allah tidak selesai, mungkin kejayaan akan tertangguh, kerana pengharapan dan hati punya sekelumit rasa bangga dan takbur. Beristighfarlah dan betulkanlah niat. Ilmu dan kejayaan akan lahirkan rasa ketundukan pada Ilahi. Sesuatu yang pelik dan mungkin tanda-tanda kita perlu lebih bersedia dan berhati-hqti jika semakin menghampiri penamat semakin jauh kita dengan tahajjud dan airmata pengharapan diwaktu pagi yang hening.

12. Bagi yang sambil berjuang PhD turut berjuang dalam badan kebajikan/dakwah/NGO, teruskan fokus dan juang kerana ada keberkatannya. Akan ada usaha syurga yang memberikan kebaikan dan terbuka jalan dari sumber yang tidak disangka-sangka. Abaikan pemgaruh negatif yang seakan menghasut menjauhkan rakan-rakan dengan alasan fokus hanya PhD kerna apabila terjaga urusan agama dan kebajikan mungkin Redha Allah bersama kita. Maka siapa mampu menolak kebaikan yang telah ditetapkan-Nya?

13. Apapun yang berlaku, hormatlah pada guru-guru yang mendidik kita. Ini termasuklah SV dan examiners walau apa bangsa mahupun agama. Moga-moga ada keberkatan apabila kita memuliakan guru-guru kita dan engage dengan idea-idea mereka.

14. Dalam mencari bantuan kawan/pakar dalam apa-apa urusan berkaitan PhD kita (analisis, method etx) , letakkan harapan yang tertinggi pada tuhan dan baru yang lainnya akan dibuka jalannya

Saya pembaca senyap DSG, segan untuk menulis tetapi pernah ketika sangat down, ketika rasa teramat perit jalannya, sering kali ada penulisan dan sharing antara kita yang meningkatkan semangat dan ketaqwaan. Moga-moga ada manfaatnya yang sebegitu, saya doakan kepada yang pernah menulis dan berikan harapan pada yang lain diberkati dan dirahmati. Mohon maaf jika ada yang tak bersetuju dengan penulisan ini.

Ini adalah sekadar pandangan daripada seorang hamba yang sedang berjuang, sedang menanti correction, mohon doakan dpt list yang manageable dan dipermudahkan penghujungnya. Kepada yang masih terus berjuang, ingat kita sedang berjuang Fisabilillah dan doa saya bersama kalian.

Al Amin
The University of Manchester

20 Sebab Sambung PhD Ini Pasti Akan Buat Motivasi Anda Melonjak

Anda mahu sambung PhD?

Kompilasi sebab-sebab sambung PhD ini mungkin membantu anda segera membuat keputusan sama ada PhD ialah sesuatu yang perlu anda kejar atau tidak.

1. Menjadi ahli akademik

Mereka yang mempunyai sebab sebegini adalah “aset berharga” negara. Tidak semua mampu untuk mengajar, membuat penyelidikan secara sepenuh masa serta berkecimpung dalam sesuatu bidang dengan serius. Jika ini anda, sila berdiri dan benarkan kami memberikan tepukan gemuruh.

2. Minat mendalam terhadap sesuatu bidang

Mereka yang mempunyai sikap ingin tahu yang mendorong untuk menjadi pakar, bukan sekadar merujuk kepada Encik Google. Juga merupakan “spesies terancam”, minat mereka ini wajar dipuji kerana mereka ingin menyumbang kepada pengetahuan sedia ada dengan kajian mereka.

3. Memperolehi gaji yang lumayan

Sebelum kita melabel golongan ini sebagai “mata duitan”, sedarlah hakikat bahawa wang adalah kuasa yang menggerakkan dunia. Jadi tidak hairanlah jika mereka mempunyai tujuan ini demi mengejar pendapatan yang lebih. Tetapi ijazah kedoktoran tidak menjamin gaji yang tinggi, namun mampu menjadikan resume anda lebih “indah”.

4. Mengejar kenaikan pangkat

Terdapat sesetengah syarikat yang mempunyai dasar (silent policy) yang memerlukan seseorang memiliki ijazah kedoktoran untuk kenaikan pangkat. Kita hidup tentunya mencari peningkatan, jadi tidak hairanlah jika ini merupakan salah satu motivasi yang penting.

5. Ingin bergelar “pelajar”

Berpegang kepada prinsip pembelajaran sepanjang hayat, mereka gemar dikenali sebagai pelajar. Sudah tentunya status seorang pelajar di peringkat kedoktoran lebih tinggi dari pelajar sekolah.

6. Mencari cabaran hidup

Tidak mampu duduk diam, golongan ini sentiasa mencari cabaran baru untuk menyerikan kehidupan mereka. Wajar dilabel sebagai golongan “kamikaze”.

7. Menimbulkan rasa hormat
Golongan yang mempunyai PhD sentiasa dipandang tinggi dalam masyarakat, pandangan mereka dihargai dan sebarang cadangan penyelesaian yang diberikan turut mempunyai nilai tinggi.

8. Ingin bergelar “Doktor”

Tanyalah cita-cita kepada pelajar darjah satu dan kemungkinan besar jawapannya ialah “doktor”. Namun tidak semua mampu untuk menceburi bidang perubatan. Tidak mengapa kerana dengan adanya PhD, anda mampu bergelar “Doktor” walaupun belum tentu mampu mengubati pesakit.

9. Kecenderungan dalam kajian penyelidikan

Manusia mempunyai hobi dan minat yang pelbagai, dan bagi golongan ini, melaksanakan kajian adalah hobi mereka. Gemar mencari bahan, membaca kajian dan membuat rumusan memberi kebahagiaan kepada golongan ini.

10. Suka “bertapa” dalam makmal

Makmal merupakan “syurga” bagi golongan ini, terutamanya apabila ujikaji yang dilaksanakan membuahkan hasil. Minta mereka duduk di dalam makmal berjam-jam lamanya, dan saksikan sendiri golongan ini berada dalam habitat semulajadi mereka.

11. Arahan majikan

Bos sentiasa betul, jadi bila bos arahkan untuk menyambung pelajaran, jangan kata tidak. Ikut sahaja.

12. Cuti bergaji

Ini golongan beruntung. Menerima gaji penuh walaupun sedang menyambung pengajian. Sering menjadi mangsa kecemburuan orang di sekitar.

13. Mengikuti jejak keluarga

Ayahnya ada PhD, begitu juga ibu. Suri teladan berada di depan mata dan menjadi inspirasi. Ini adalah sebaik-baik contoh dan pembakar semangat.

14. Memenuhi kehendak keluarga

Mungkin tidak sekuat arahan majikan, tetapi perlu dipertimbangkan terutamanya jika menerima biasiswa FaMa (father and mother).

15. Menjadi contoh kepada anak-anak

Tiada contoh yang lebih baik melainkan ibu dan bapa sendiri. Untuk menguatkan perasaan cintakan ilmu dalam jiwa anak-anak, maka mereka memilih untuk memulakan langkah. “Jika ayah/ibu boleh buat, kenapa tidak (masukkan nama anak)?” merupakan mantra golongan ini.

16. Kekal muda

Golongan ini menyimpan harapan untuk kelihatan atau merasa muda dengan menyambung PhD. Mungkin akan berubah fikiran setelah mula menjalani pengajian dan menambah uban di kepala dalam proses tersebut.

17. Menambah kemahiran

Matlamat yang mulia. Harus menjadi ikutan kepada golongan yang mudah berpuas hati dengan tahap kemahiran sekarang.

18. Mencari erti hidup

Mungkin golongan ini tidak menemui erti hidup melalui kehidupan harian. Silakan untuk meneruskan niat ini dan maklumkan kami sekiranya menemui erti tersebut.

19. Bosan dengan kerja

Mungkin golongan ini telah mula muak dengan rutin harian biasa. Jadi mereka ingin menambah rencah serta rempah ratus dalam hidup dengan memulakan perjalanan memperolehi gelaran “Doktor”.

20. Mengisi masa lapang

Kepada golongan ini, tahniah kerana memiliki masa yang lapang. Seharusnya dipuji kerana memilih untuk menyambung pengajian dan bukannya mengedar dadah atau merempit.

Tak kiralah apapun alasan dan motivasi anda, yang penting anda berani untuk memulakan perjalanan ini. Pastikan sebelum itu, tanya diri anda “Kenapa aku mengejar PhD?” Selamat berjaya dan semoga dipermudahkan!

Gambar diambil daripada https://goo.gl/images/pGoFjK

Pensyarah IIUM Ini Siap PhD dalam 2 Tahun 8 Bulan Sahaja. Rahsianya Ialah…

Assalamualaikum semua warga DSG,
Sebelum itu saya ingin meminta maaf kepada admin DSG dan warga DSG kerana menggunakan Bahasa Melayu (BM). Saya lebih selesa berkongsi dalam BM (mungkin juga rindu sangat dengan Tanah Air tercinta). Alhamdulillah thumma alhamdulillah saya selesai perjalanan PhD saya di Cranfield University, UK dalam bidang ‘Aerospace Engineering’ pengkhususan ‘Aero-gas Propulsion’ (Gas Turbine) dalam bulan Julai yang lalu (VIVA Voce). Saya salah seorang Academic Trainee UIA dibawah Biasiswa SLAB/SLAI. Perjalanan PhD saya mengambil masa 2 tahun dan 10 bulan (sampai siap Surat Senat). Saya menyiapkan thesis 2 tahun 8 bulan, sebulan selepas itu VIVA, dan kemudian pembetulan sehingga terima surat senat. Berbekalkan 4 ‘publication’ dalam ‘high-impact journal’ dan 2 kertas konferen antarabangsa telah banyak membantu saya.

Walaubagaimanapun, ini BUKANLAH bermakna kita cerdik atau pandai. Setiap pelajar PhD mempunyai perjalanan masing-masing yang UNIK dan setiap pelajar haruslah menikmati saat-saat indah menjadi seorang pelajar. Perlu diakui juga, perjalan PhD ini bergantung kepada REZEKI dan ‘LUCK’ masing-masing. Jangan pernah rasa malu atau rendah diri jika PhD anda mengambil masa yang lama. Nikmatilah saat-saat indah membuat penyelidikan. PhD juga bukanlah seperti suasana ijazah sarjana muda kita, dimana ada persoalan ‘right’ atau ‘wrong’ dalam setiap jawapan dalam kertas soalan anda. Ianya perjalanan dan penilaian oleh penyelia dan pemeriksa yang sama-sama manusia.

Suka saya berkongsikan beberapa perkara supaya kita mengambil pengajaran dan tauladan:

1. Persiapan awal dan rapi sebelum memulakan pengembaraan PhD anda.
Saya ‘apply’ lebih kurang 35 buah university seluruh dunia. Sehinggalah tapisan dan saringan (oleh Department, UIA, dan KPT) yang ketat dilakukan dan hanya 5 buah university sampai peringkat akhir iaitu ‘conditional offer letter’ diterima. Kenapa 5 buah university? Ianya adalah Plan A, B, C, D & E. Bukan senang menghadapinya kerana kita dibawah biasiswa dan hanya university pilihan sahaja yang dipilih mereka. 3 university yang akhir, saya membuat risikan yang lebih rapi lagi. PASTIKAN, ‘potential’ penyelia anda mempunyai kriteria-kriteria (yang saya rasa penting) seperti berapa ramai pelajar Masters/PhD nya yang pernah beliau menyelia, kadar kelulusan, ‘publication’ beliau, geran yang beliau pegang, ‘expectation/inclination’ beliau pada jantina, umur, keluarga, mahupun agama (terutama mereka yang belajar di luar negara). Ini adalah penting seperti memilih jodoh tapi berkontrak. Untuk menyelami lebih dalam lagi ‘potential’ penyelia tersebut, cuba merisik bekas-bekas pelajar beliau. Ini melalui ‘publication’ beliau. Saya juga mengakui kita mempunyai citarasa dan tajuk penyelidikan kita sendiri. Namun begitu, saya nasihatkan simpan dahulu citarasa itu dan ambil tajuk penyelia itu cadangkan asalkan ada kena mengena sedikit dengan citarasa kita. Pendek kata, kita minta bantuan orang untuk menyelia kita, kita beralahlah sikit-sikit. Jika sambung diluar negara, kenal pasti mereka yang belajar dan menetap disitu dari sudut menyewa rumah, kesihatan, pendidikan anak-anak, suasana tempat belajar, kos sara hidup, lesen kenderaan, pekerjaan sambilan, VISA ‘dependent’ dan sebagainya. Kita nak berhijrah, perlu persediaan yang sangat rapi. Lagi cepat kita ‘settled down’ lagi mudah kita belajar in sha Allah.

2. Sikap-sikap yang positif
• Berlapang dada: Terima segala bentuk ujian, cabaran baru, dan dugaan dengan hati yang terbuka. Jangan kita membanding-bandingkan apa yang orang lain perolehi dengan apa yang kita dapat terutamanya membandingkan sikap penyelia kita. Ini adalah kerana, kita yang memilih penyelia tersebut, maka hadapilah apa jua kerenahnya. Tuhan akan menguji kita kerana Dia tahu kita mampu in sha Allah. Ingat, ilmu itu cahaya, hanya hati yang bersih ilmu boleh memasukinya.
• Berani: Beranikanlah diri untuk menulis dan hantar ke jurnal-jurnal. Tiada salahnya jika jurnal anda ditolak dan bangkit balik untuk cuba baiki lagi. Lagi banyak kita menulis lebih mudah kita menyiapkan thesis kelak.
• ‘Be fair on every judgement’: Setiap argumen yang kita tulis dalam thesis perlulah lebih diplomatik dalam erti kata jangan kita berlebih-lebih dan buat ‘generalization’. Jika sekadar sebahagian dapatan, kita letak sebahagiannya sahaja tanpa menyebut keseluruhannya.
• Banyakkan menghulurkan bantuan: Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerimanya. Ini bukanlah sekadar wang ringgit, tetapi masa dan tenaga! Kita dah cuba sehabis baik, akan tetapi, pertolongan Tuhan yang sebaik-baik pertolongan. Tolong, bantu, dan mudahkanlah orang sekeliling supaya Tuhan bantu memudahkan kita kelak.
• Mendisiplinkan masa: Bahagikanlah masa anda sewajarnya. Saya memperuntukkan dari jam 8.30pg-15.30ptg di perpustakaan setiap hari untuk menyiapkan penulisan saya. Lain dari masa tersebut, habiskanlah masa dengan keluarga dan anak-anak. Mereka juga berhak untuk diberikan layanan yang sewajarnya. Bawalah mereka berjalan-jalan agar terpancar senyuman di wajah-wajah mereka. Keluarga gembira, hati kita senang untuk belajar.
• Sentiasa ‘ahead of schedule’: Jangan lengah-lengah untuk menyiapkan sesuatu. Kita tidak tahu apa akan jadi masa hadapan, mungkin kita jatuh sakit, keluarga kita sakit dan lain-lain perkara yang tak diingini.
• Memaafkan dan mendoakan orang lain: Ini amatlah penting supaya jiwa kita lapang dan mampu menyerap apa jua dugaan.
• SMART: Tidak semua orang memiliki ini. Ianya suatu ‘skill’ yang perlu diasah. Kenali diri anda betul-betul pada masa bilakah anda lebih produktif melakukan kerja dan membaca. Bagaimanakah cara anda belajar? Bagaimanakah anda mudah tangkap? Bagaimanakah anda menulis ‘literature review’ dengan mudah? Bagaimanakah anda ‘tackle novelty’? Bagaimanakah anda membaca jurnal dengan lebih cepat? Ya, anda boleh perolehi segala bentuk teor-teori ini dalam buku dan internet, tapi anda lebih kenal diri anda sendiri.

3. Pertolongan Tuhan
Dalam kita menelusuri perjalan PhD, ‘support system’ anda sangat memainkan peranan. Keluarga, jiran tetangga, dan rakan-rakan haruslah saling memberikan sokongan. Saya amat bersyukur, nenek dan kedua ibubapa saya setiap hari tidak pernah tinggal tahajjud dan solat hajat untuk anak-anak mereka. Walaupun itu diluar kemampuan kita, kita cuba perlahan-lahan untuk beristiqamah melakukan amalan-amalan kecil tapi memberikan impak. Contohnya, mengamalkan doa-doa pada waktu mustajab untuk berdoa (antara dua khutbah, antara azan dan iqamah, dan sebagainya), solat dhuha dan juga solat hajat. Setiap doanya itu, haruslah lebih spesifik pada apa yang kita hajati, in sha Allah. Seperti yang saya sebutkan diatas, tolong dan mudahkanlah manusia lain, ianya umpama magnet untuk menarik pertolongan Tuhan.

Itu sahaja sedikit perkongsian dari saya. Best of luck on your studies, research, and please enjoy every moment of your studies!!! In sha Allah.

Terima kasih DSG kerana banyak memberikan input-input yang berguna selama ini.

Sekian.

Hanafi Azami, PhD.

Pensyarah dan Pakar Statistik Ini Berkongsi Tip Penting Memilih Penyelia PhD

MEMILIH SUPERVISOR PhD
=======================

Banyak kriteria baik yang kita cari dalam diri seorang supervisor. Tetapi yang paling utama, sudah pasti kita mahukan supaya dengan bantuan daripada sv, kita boleh HABIS PhD. Jika boleh habis GOT (graduate on time), itu akan jadi lebih dan lebih menariklah. Kan?

Tapi mau nama kata manusia nih, kita kena faham lah bahawa mereka ada sifat BAHARU. Yakni boleh berubah-rubah

Jadi bagaimana untuk memilih supervisor (sv)?
Pilih yang saling boleh saling melengkapi satu sama lain.

Contoh, saya ni jenis tak buat kerja jika tak di pantau. Maka carilah sv yang suka pantau pelajarnya. Bagi saya, hal pemilihan ini adalah setara dengan cerewetnya kita “memilih suami”. Maaf jika keterlaluan.Tapi itu lah yang saya buat satu masa dahulu. Sangat teliti. Serik oooo bertukar Universiti ketika master. Itu pun satu kisah jugak. Nanti ada masa saya cerita no.

Makna kata, sebelum pilih sv, kita kena kenal kelemahan dan kelebihan diri kita sebaik mungkin. Sebelum mencari calon sv yang boleh membantu kita, cermin diri kita terlebih dahulu kerana untuk ubah orang lain adalah sangat sukar. Kita yang kena ubah diri kita.

Bagi saya proses mendapatkan PhD itu adalah lebih mudah apabila supervisee dan sv saling berkerjasama dan mempunyai fahaman yang sama. Hahaha. Bukan mudah oooo nak se mazhab ni.

Apa kriteria umumnya?

✔ lihat siapa pelajar sv tersebut sebelum kita. Tengok-tengok tesis dan artikel yang ditulis pelajar beliau.

✔ lihat “identiti” atau kriteria diri beliau yang boleh disesuai dengan diri kita. Fokus utama kepada kriteria penyeliaan. Bukan kerana sv sama-sama suka bermain badminton, atau punya hobi yang sama dan sebagainya dengan kita.

Apa kriteria bonus yg perlu ada pada sv?

✔ sv yang ada grant yang boleh dikongsi bersama. Ada, tak kongsi pun letih
✔ sv yang sentiasa ingin jumpa pelajarnya.
✔ sv yang tidak membuatkan kita rasa “kerdillll” sangat dimata beliau.

Tips untuk kekal lama dengan sv yang cerewet

✔ limitkan skop perkongsian kisah hidup terutamanya hal yg tidak berkaitan PhD.
✔ limitkan perbualan. Hanya dalam waktu akademik.
✔ jadilah saya yang menurut perintah

Dr. Shamshuritawati Sharif